SHAH ALAM – Sumber air mentah bukan terletak pada tanggungjawab
kerajaan semata-mata, malah masyarakat juga harus memainkan peranan
penting bagi memelihara dan memulihara sumber air mentah di negara ini.
Pengarah Eksekutif , Bahagian Operasi Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abd Rashid Satar berkata, untuk memupuk kepentingan masyarakat terhadap peranan tersebut, masyarakat harus diberi kesedaran mendalam terhadap proses pengitaran air sejak di bangku sekolah lagi.
“Objektif kami adalah mendidik, menjana dan melahirkan kelestarian kesedaran tentang kepentingan menjaga, memulihara dan memelihara sungai sebagai sumber bekalan air di kalangan masyarakat.
”Dalam usaha memelihara serta memulihara sungai sebagai sumber bekalan air terawat, kami merangka lebih banyak lagi program khusus untuk golongan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berkaitan supaya dapat mendidik kesedaran golongan muda dalam menghargai sumber-sumber tersebut,“ katanya menerusi ucapan di program BPS Walkathon: Save Water For The Future” di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, hari ini.
Difahamkan, sebanyak dua buah sekolah lagi; Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam turut mengambil bahagian dalam penyertaan acara program tersebut.
Dalam ucapannya, beliau turut menggesa seluruh masyarakat untuk bersama-sama memberikan sokongan serta melibatkan diri secara berterusan dalam memelihara alam sekitar.
“Kita semua perlu berusaha bersama-sama dalam memelihara dan memulihara sumber air mentah kerana ini semua tanggungjawab kita.
“Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan alam sekitar terutamanya sumber air demi kelangsungan kitaran ekosistem yang sempurna kepada setiap hidupan. Ia bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Air Sedunia 2015 iaitu ‘Air dan Pembangungan Mampan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan