Difahamkan, panggilan itu diterima operator pagi ini daripada seorang individu yang mahu meminta untuk disambungkan kepada pentadbiran mahkamah.
Menurut salah seorang pengawal mahkamah, selepas mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar dari bangunan.
Pegawai polis kelihatan sedang menjalankan pemeriksaan siasatan berhubung panggilan bom tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kawasan bangunan disahkan selamat dan pihaknya akan menyiasat ancaman bom palsu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan