Anugerah ini dicipta khusus untuk individu
yang telah memartabatkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang
menjadi seni karya kebangsaan negara ke peringkat antarabangsa
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor telah dianugerahkan Citra Dewangga daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai menghargai jasa isteri Perdana Menteri itu kepada kemajuan kraf negara.
Anugerah itu diwujudkan khas oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Kraftangan Malaysia .
Anugerah yang julung-julung kali diadakan itu disampaikan kepada Rosmah dalam satu majlis di Istana Budaya pada Isnin.
Ia disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng, yang mewakili Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri.
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata, anugerah itu sebagai penghormatan kepada individu yang menyumbang jasa bagi menggalakkan perkembangan industri kraf tempatan, khususnya kraf tekstil di peringkat domestik dan antarabangsa.
“Anugerah ini dicipta khusus untuk seseorang individu yang telah memartabatkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang menjadi seni karya kebangsaan negara,” katanya.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata, nilai pendapatan industri kraf mencatat RM1.36 bilion dari tahun 2011 hingga 2014.
“Nilai ini membuktikan industri kraf mampu menjana pendapatan keluarga dan negara. Bermula dengan industri kecil-kecilan yang diusahakan di luar bandar, hari ini industri kraf gah berdiri setanding dengan industri pembuatan lainnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan