KUALA LUMPUR- Penganjur Himpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos mungkin ‘kuda Trojan’ yang direka untuk memerangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui politik perkauman.


Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, sama ada Jamal adalah seorang oportunis politik, atau ‘kuda Trojan’ untuk mencipta anarki bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Katanya, kemungkinan Ketua Umno Sungai Besar itu merasakan tindakan ini perlu selepas banyak cubaan untuk menjatuhkannya gagal.

“Apabila semuanya gagal, langkah terakhir ialah dengan mencetuskan kekecohan dan huru-hara bagi menunjukkan kerajaan yang memerintah gagal mengawalnya.

“Sama ada Jamal seorang rasis atau dia sengaja melemparkan kebencian yang menyasarkan kaum Cina selepas mengetahui mereka tidak teratus dari segi politik dan merupakan sasaran politik mudah.

“Kaum Cina perlu sedar masih terdapat segelintir yang rasis di negara ini dan mereka tidak mempunyai perlindungan dari sudut politik daripada ancaman itu,” katanya kepada The Rakyat Post.

Dari sudut sejarah, bekas Adun itu berkata, Presiden Umno telah berakar umbi dalam parti dan sukar untuk melucutkannya ketika berkuasa.

Malah katanya, tiada Perdana Menteri yang pernah dilucutkan ketika kebangkitan Umno.

Katanya, Perdana menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman dipaksa untuk meletakkan jawatan berikutan tragedi 13 Mei.

“Kejatuhannya dirancang oleh pihak yang mahukan beliau keluar.

“Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dipaksa meletakkan jawatan selepas aggal meraih majoriti 2/3, oleh perdana menteri paling lama memegang jawatan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kurangkan majoriti BN pada Pilihan Raya Umum ke-12,” katanya.

Menurut beliau, kini semua cubaan, taktik licik dan penipuan digunakan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan.

“Buat pertama kalinya, media asing dipergunakan sebagai bazooka untuk memaksanya meletakkan jawatan,” katanya.