AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Gambar yang dimuat naik Alvin ke laman Facebooknya hari ini. - Foto Facebook Alvin Tan
KUALA LUMPUR, Blogger kontroversi, Alvin Tan kembali mencuri tumpuan, dengan memuat naik gambarnya memegang buku-buku berkaitan ajaran Islam di hadapan sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat, pagi tadi.
Gambar yang dimuat naik ke laman
Facebooknya itu mendapat perhatian warga maya, khasnya umat Islam di
negara ini, bahkan ada yang turut mendoakan dia mendapat hidayah untuk
terus mendalaminya ajaran Islam.
Menurut Alvin, dia membuat keputusan mendalami Islam, disebabkan saranan dan galakan daripada pengikutnya yang beragama Islam.
“Hari ni aku ade sikit masa lapang, jadi
aku pergilah masjid di Los Angeles, atas galakan dan saranan umat-umat
Islam kat page aku. Bila aku masuk ruang legar tu, pak Imam dah jemput
masuk…Aku pon katalah ‘I want to learn more about Islam’,” katanya.
Alvin
turut berkongsi pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke masjid dan
menghayati keindahan corak dan tulisan yang memenuhi dinding masjid
berkenaan.
“Kat dalam masjid itu memang indah,
dindingnya penuh dengan tulisan Jawi dan petikan-petikan daripada
Al-Quran…Pak Imam itu terangkan mengenai Islam pada aku, semua basics yang aku dah tau (5 pillars of Islam, 6 basic principles, etc), tapi aku sibuk melihat design dan estetik masjid.
“Aku nak tangkap gambar, tapi dalamnya depa tulis, ‘No photography or videography is allowed’. Biarpun begitu, aku ajak sekali Pak Imam tu ambik selfie. Tau ape dia kata ‘I have no problems with photographs, but I don’t know how you intend to use this photograph‘. Iisshhh, sensitip pulak tu.
“Jadi, yang saya sempat tangkap hanyalah
selfie aku di perkarangan masjid, bersama-sama bahan bacaan yang
diberikan oleh Pak Imam tersebut. Akhirnya dengan membuat hashtag
#Allahuakbar,” demikian tulisnya di Facebook.
Gambar Alvin itu mendapat 6,437 Like dan komen tersebut turut dikongsi 533 kali.
Namun, Alvin kemudiannya memuat naik
status yang menyatakan dia tidak berpuas hati dengan segelintir
pengikutnya yang akan berhenti menyokongnya, jika dia memeluk Islam.
“Dahsyat orang kat page aku ni…Dah ade segelintir penyokong aku yang PM aku, cakap kalau aku betul-betul masuk Islam, depa akan henti sokong aku serta-merta,” katanya.
Alvin melarikan diri ke Amerika Syarikat
bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelakkan ditahan pihak
berkuasa di Malaysia, atas beberapa kesalahan, termasuk di bawah Akta
Hasutan, kerana mempersendakan mempersendakan agama Islam dan Ramadan
serta mempersendakan institusi Beraja melalui laman Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan