SM AMIN
Veteran Umno Malaysia
mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat siapa dalang disebalik
segala tindakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hasan dan peguamnya, Mathias Chang. - Kredit Foto
Facebook Khairuddin Abu Hassan
KUALA LUMPUR, Veteran Umno Malaysia mahu Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menyiasat siapa dalang disebalik segala tindakan bekas
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dan
peguamnya, Mathias Chang.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub
berkata bukan sahaja tindakan Khairuddin membahayakan negara, malah
perancang dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan juga perlu diambil
tindakan.
Jelasnya, beliau merasa musykil dengan
tindakan Khairuddin yang nampak selari dengan kenyataan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak akan ditangkap jika ke luar negara.
“Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat
untuk siapa Khairuddin dan Mathias berkerja keluar negara membuat
kaporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?. Apakah kaitan misi
Khairuddin dan Mathias itu dengan kenyataan Tun M yang mengatakan Najib
mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?
“Apakah Tun M dibelakang segala usaha
Khairuddin dan Mathias itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin
ditangkap? Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka
apakah orang dibelakang Khairuddin tidak bahaya?
“Justeru itu, Veteran mahu supaya polis
menjalankan siasatan yang rapi dan mendesak supaya sesiapa saja yang
terlibat dengan perancangan menjatuhkan kerajaan yang sah ini ditangkap
dan dihukum,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Veteran Umno itu turut merasa kesal
dengan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat yang sanggup untuk menjadi
‘pengantara’ menguruskan pertemuan antara Khairuddin dengan Biro
Siasatan Persekutuan (FBI).
Tindakan itu jelas membuktikan isu
syarikat pelaburan strategik, 1MDB yang hangat diperkatakan selama ini
merupakan rekaan daripada kuasa asing.
“Sekarang jelaslah isu 1MDB selama ini
adalah ciptaan kuasa luar dalam usaha untuk menjatuh kuasa Melayu di
negara ini,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin menggunakan saluran perundangan
asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung
isu 1MDB dianggap sebagai mensabotaj negara.
Kata Khalid, tindakan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.
Khairuddin ditahan kerana didakwa di
bawah seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan, kerana komited melakukan aktiviti
yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Bekas ahli Umno itu yang ditahan pada Jumaat direman selama enam hari bermula Sabtu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan