shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari
ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun
Mahathir atas dakwaan menghasut.
Katanya,
pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun
Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang
dan Kelang.
Dalam
jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad Zahid menambah, kertas siasatan
itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan
selanjutnya selepas siasatan selesai dijalankan.
Tidak
disangkal lagi dakwaan siasatan terhadap Tun Mahathir itu ialah
berikutan kelantangannya mengkritik Najib Razak serta tidak henti-henti
menggesanya meletakkan jawatan, terutamanya berkaitan isu 1MDB dan wang
derma RM2,600 juta.
Dalam
melancarkan serangannya, selain bekas Perdana Menteri itu menekankan
perlunya Perdana Menteri berundur, turut juga membuat beberapa dakwaan
seperi "Najib merasuah pemimpin UMNO", "Najib mencuri wang" dan
sebagainya.
Dengan pengesahan Ahmad Zahid ini, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah nasib Tun Mahathir selepas ini?
Apakah
beliau akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sepertimana nasib yang
sudah menimpa Khairuddin Abu Hassan Mathias Chang sebelum ini?
Adakah selain disiasat di bawah Akta Hasutan, Tun Mahathir juga akan ditahan dibawah undang-undang Sosma?
Apakah
kita juga akan melihat dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir, seorang
bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan dilabel sebagai negarawan
ulung, akan bergari tangan akhirnya?
Adakah
semua ini merupakan tindakan balas untuk mendiamkan Tun Mahathir
daripada terus melakukan serangan dan kritikan terhadap Najib?
Atau, ia sekadar gertakan kepada ramai yang lain agar berhenti daripada bersama-sama dan menyokong Tun Mahathir?
Selepas Tun Mahathir, siapa lagi mangsa seterusnya?
Dari
sudut yang lain, ramai yang mula bertanya, sampai ke peringkat itukah
yang Najib sanggup lakukan kepada Tun Mahathir semata-mata untuk
mempertahankan kerusi Perdana Menterinya?
Sanggup
dan tergamakkah Najib berbuat demikian terhadap Tun Mahathir yang
diketahui banyak berjasa kepada perjalanan karier politiknya?
Benarkah ini menandakan Najib sekarang ini sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kedudukannya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan