HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Pijak gambar Najib, Hadi: Tunggu tindakan pejabat Peguam Negara

 
Polis juga telah selesai menyiasat kes membakar patung menyerupai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.


ahid-hamifi,bakar-patung


KUALA LUMPUR: Polis telah selesai menyiasat kes memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga telah selesai menyiasat kes membakar patung menyerupai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di Kelantan.

Katanya, kedua-dua kes itu telahpun diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana melakukan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Tiada ulasan: