HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Apa hak asasi rakyat yang ditarik, Nazri soal pemerhati



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. Beliau menepas dakwaan Human Rights Watch yang mengatakan Putrajaya menekan hak asasi rakyat di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 28 Oktober, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. Beliau menepas dakwaan Human Rights Watch yang mengatakan Putrajaya menekan hak asasi rakyat di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal
 
 
 
Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menafikan Putrajaya menekan hak asasi rakyatnya dan mempersoalkan apa hak asasi yang tidak diberikan kepada mereka, menujukan soalannya kepada badan antarabangsa Human Rights Watch (HRW). Menteri pelancongan dan kebudayaan itu sebaliknya berkata, untuk mengalami sendiri perkara itu, HRW perlu berada di dalam negara dan menetap di sini.

"Marilah menetap di sini, kamu semua bebas, boleh tanya soalan kepada saya, apa hak asasi manusia kamu yang ditarik.

"Kamu sebagai rakyat Malaysia, apa yang kamu rasa menetap di Malaysia?" soal Nazri kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 
 
Semalam, HRW dilaporkan berkata Datuk Seri Najib Razak membawa dirinya sebagai seorang pemacu perubahan yang liberal (liberal reformer) di luar negara kerana Putrajaya sangat mengambil berat terhadap kritikan daripada pihak luar berhubung hak asasi di negara ini.

Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata pada sebuah forum, apabila berada di dalam negara, perdana menteri itu bagaimanapun berkelakuan sangat berbeza dengan imej yang ditonjolnya di luar negara.

Beliau berkata, tindakan Najib itu hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.

Nazri bagaimanapun menepis dakwaan itu.

"Apa yang lebih penting, duduk dan alaminya sendiri di sini," kata Nazri, yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

HRW turut menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang oleh Putrajaya yang "menjenayahkan" hak bersuara dan mendesak Najib berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.

Laporan setebal 145 halaman itu mendakwa, Najib berulang kali memungkiri janji menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan "kuku besi" serta mengingatkan perdana menteri itu akan ikrarnya "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.

HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang yang terlalu kabur serta luas definisi perkataannya dalam "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman


Tiada ulasan: