HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Oktober 2015

1MDB tidak 'bisu', 72 kenyataan media dikeluarkan

1MDB -arul kanda


KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjawab semua persoalan yang ditimbulkan bekas pemimpin kerajaan dan pembangkang selama ini, kata Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif syarikat itu, Arul Kanda.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 bulan sudah 72 kenyataan media telah dikeluarkan bagi menjelaskan segala isu yang dibangkitkan.

"Kita jawab kita tidak sorok apa seperti didakwa. Buktinya apabila dua kali seminggu pasti ada sahaja kenyataan media dikeluarkan.

"Selain itu, saya juga ada bertemu media dalam dan luar negara untuk memberi penerangan apa yang berlaku," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang 1MDB hanya menjawab soalan senang sahaja.

"Tidak setuju, saya menjawab kepada semua dan saya juga terima cabaran beliau," kata Arul.

Katanya lagi, pihaknya juga sentiasa bersedia bertemu dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap syarikatnya itu sekiranya dipanggil.

"Saya hormati mereka, saya sedia bagi kerjasama," katanya.

Tiada ulasan: