shahbudindotcom
Tidak
pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini di mana mereka yang
menjadi Ketua Bahagian begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih,
kecuali di era Najib Razak menjadi Presidennya.
Memang
Ketua-Ketua Bahagian adalah pemimpin utama dalam UMNO. Daripada jawatan
itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma.
Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya.
Disebabkan
begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih itulah menjadikan
akhirnya wujud komplot atau gerakan di kalangan Ketua-Ketua Bahagian
untuk mencadangkan pemecatan atau penyingkiran pemimpin, khususnya
Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin daripada parti itu.
Menurut
apa yang dilaporkan dalam pelbagai media, perkara itu turut disahkan
oleh beberapa Ketua Bahagian, cuma mereka mengatakan ia bukannya
komplot, sebaliknya hanya persetujuan agar golongan yang ditakrifkan
"gunting dalam lipatan" perlu diambil tindakan.
Ada
yang melaporkan antara 140 hingga 154 daripada 191 Ketua Bahagian telah
bersetuju mengenai tindakan itu yang dipercayai melibatkan "Kumpulan
Tujuh" yang disebutkan sebelum ini oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku
Adnan Tengku Mansor.
Lebih
menarik, persetujuan itu pula bukannya dicapai dalam mesyuarat khas
atau perjumpaan tertentu, sebaliknya hanya melalui perbualan dalam
aplikasi Telegram saja.
Tindakan
yang dicadangkan dikatakan melibatkan pemecatan, penggantungan keahlian
dan lain-lainnya tetapi majoritinya mahu Muhyiddin dipecat keahliannya
kerana kritikan berterusan terhadap 1MDB, kepimpinan Najib serta
bantahannya mengenai Sosma.
Tindakan
keras lebih kuat tertumpu kepada Muhyiddin kerana mahu mengenepikannya
daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta
berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.
Persetujuan
Ketua-Ketua Bahagian itulah kononnya akan dipersembahkan kepada Najib
Razak menjelang mesyuarat MT akan datang untuk dijadikan sandaran bahawa
tindakan terhadap Muhyiddin itu turut mendapat sokongan majoriti
pemimpin bahagian daripada seluruh negara.
Sebenarnya
inilah yang peliknya dalam UMNO sekarang. Kuasa mengambil tindakan atau
memecat seseorang bukannya terletak pada Ketua Bahagian, sebaliknya ia
adalah hak MT UMNO. Hanya MT UMNO melalui sokongan dua pertiga yang
boleh berbuat demikian.
Ketua
Bahagian tidak perlu masuk campur dalam kerja MT. Kalau mahu apa-apa
tindakan, biarlah MT memutuskannya, manakala suara Ketua Bahagian tidak
perlu diambil kira sama sekali.
Bagi
seseorang yang hanya menjadi Ketua Bahagian, untuk mengambil tindakan
kepada ahli biasa di bahagian sendiri pun mereka tiada kuasa, apatah
lagi untuk sibuk-sibuk mencadangkan pemecatan pemimpin yang berjawatan
Timbalan Presiden UMNO.
Kuasa
sedemikian hanya dimiliki oleh mereka yang menjadi Ahli MT UMNO saja.
Ketua Bahagian tidak seharusnya syok sendiri dan belajar-belajarlah
membeli "cermin besar" untuk mencermin diri.
Najib
juga, jika benar ingin menyingkirkan atau mengambil tindakan terhadap
Muhyiddin dan "Kumpulan Tujuh" pemimpinnya yang sedang disiasat itu,
beliau hanya perlu membawanya dalam mesyuarat MT serta memastikan
sokongan dua pertiga memihak kepadanya. Itu saja.
Tidak
perlu bersusah payah melibatkan Ketua Bahagian. Percubaan mendapatkan
sokongan Ketua-Ketua Bahagian untuk tujuan itu, bukan saja sesuatu yang
tidak betul dari segi aturan dan perjalanan parti, malah memperlekeh hak
dan kuasa MT mengenainya.
Dengan
yang demikian, persetujuan kononnya melibatkan 140 atau 154 Ketua
Bahagian yang digembar-gemburkan itu tidak lebih hanyalah "sampah sarap"
yang perlu dikuis ke tepi atau dimasukkan terus ke dalam tong sampah
saja.
Ia
sama sekali tiada nilai untuk diambil kira atau dipertimbangkan. Tiada
sesiapa, termasuk MT harus melayannya. Tugas Ketua Bahagian ialah
mengukuhkan parti, menabur khidmat kepada masyarakat dan memastikan
parti menang dalam pilihanraya.
1 ulasan:
Nama pun cadangan... bukan rasmi pun... terpulang la kt najib nk ikut atau tak... semuanya bergantung kpd keputusan mt jugak... apa yg tsmy nk takut... apa kata tsmy pun buat juga undian mcm ni... tp di kalangan timbalan2 ketua bahagian... masa pemilihan nanti suruh timbalan kb lawan ketya bahagian... ala... buat2 tak reti pulak...
Catat Ulasan