HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2015

Spekulasi ‘digantung’ Umno, tiada komen, kata Muhyiddin

Kow Gah Chie





Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila disoal sama ada dirinya seorang daripada tujuh pemimpin Umno yang dikatakan sedang disiasat oleh parti, mengakui beliau tidak tahu.

Beliau juga enggan mengulas spekulasi yang bertiup kencang bahawa keahlian partinya bakal digantung kerana lantang membidas Umno.

"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya baca di akhbar," katanya di kafe Parlimen hari ini ketika ditanya sama ada beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan ke atas dirinya.

Bulan lalu, apabila Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditanya mengapa tiada tindakan diambil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mendedahkan bahawa tujuh pemimpin Umno sedang disiasat.

Katanya, penggantungan mereka adalah satu kemungkinan kerana Umno sudah penat melayan kenyataan mereka yang tidak sesuai dengan membidas parti.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak menyedari bahawa Umno sedang mengambil tindakan terhadapnya.

Tiada ulasan: