HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Oktober 2015

Jazlan minta Arul, Tony henti debat terbuka

SINAR HARIAN


Nur Jazlan
 
 
JOHOR BAHRU - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira‎ Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta perdebatan terbuka berhubung isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihentikan sebagai mengelak kredibiliti dan integriti jawatankuasa itu terus dipersoalkan mana-mana pihak.

Beliau menyarankan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga anggota PAC menghentikan perbuatan kebudak-budakan itu.

Katanya PAC adalah jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen di peringkat tertinggi dan  mana-mana perkara yang berkait dengannya, harus dibincang dalamjawatankuasa itu sahaja.

"Ini adalah proses yang sebenar. Jadi, saya menyarankan kedua-dua pihakmenghentikan perbuatan kebudak-budakan ini dan balik semula ke mesyuarat PACdengan membuat prosiding seperti yang telah dirancang sebelum  ini," katanyakepada selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)Pei Hwa, di sini hari ini.

Nur Jazlan mengulas kesediaan Arul Kanda untuk bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu pelaburan syarikat itu, tanpa sebarang
syarat.

Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota PAC.

Peneraju 1MDB itu berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Arul Kanda berkata beliau sebelum ini meletakkan syarat itu kerana Pua ialah anggota PAC, dan ia bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan kerana PAC juga menyiasat isu 1MDB.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, PAC kini sudah lengkap untuk berfungsi semula, oleh itu tidak perlu untuk kedua-dua pihak mengacah sesama sendiri dengan membuat tindakan yang kurang bernas.

"Sekarang ini, polis sudah persoalkan integriti PAC dan anggota-anggotanya kerana dikatakan menjual maklumat.  Siapa dia, mungkin dari Barisan Nasional, pembangkang, orang lain atau mungkin tiada.

"Namun, saya lihat sememangnya ada percubaan hendak merosakkan integriti dan kredibiliti PAC dan anggotanya," kata beliau. - Bernama


Tiada ulasan: