HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

Vape bukan alternatif untuk berhenti merokok - Menteri

 Oleh Syarifah Azmawati Syed Abd Aziz & Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan 86 klinik khas bagi membantu perokok berhenti merokok, demikian ditegaskan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
 
Beliau bagaimanapun berkata, hanya 18 peratus sahaja daripada golongan perokok tampil mendapatkan rawatan tersebut.
 
"Hanya 70 peratus masyarakat mahu berhenti merokok namun secara purata (mereka) boleh berhenti apabila mendapat lapan kali rawatan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat memperluas zon larangan merokok di seluruh negara. 
 
Mengulas lanjut perkara itu, Dr Hilmi berkata, kementerian turut sedang merancang memperluaskan zon larangan merokok sejajar dengan 'Artikel 8 Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)' iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.
 
Jelas Hilmi, kerajaan juga sebelum ini telah mengambil langkah mewartakan beberapa kawasan larangan merokok termasuk kawasan rehat dan rawat di lebuh raya seperti yang termaktub dalam 'Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004'. 
 
Beliau dalam pada itu berkata, masyarakat sekarang mula bertukar kepada penggunaan vape sebagai alternatif mahu berhenti merokok.
 
"Sehingga kini, terdapat dakwaan mengatakan vape mengandungi 7,000 bahan kimia dan 87 daripada bahan itu berpotensi menyebabkan kanser," katanya.
 
Hilmi sebelum ini menjelaskan rokok elektronik atau dikenali sebagai vape, yang menjadi kegilaan ramai, didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kepada kanser.
 
Beliau berkata, antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.
 
"Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untuk mendapatkan asap yang banyak.
 
"Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat pada minggu lepas.
 
 

Tiada ulasan: