HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2015

RM2.6b: PM dipanggil beri kenyataan apabila tiba masanya

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil untuk siasatan terhadap derma RM2.6 juta apabila tiba masanya, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini, Low berkata, polis ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum lagi memanggil Najib untuk memberi kenyataan kerana belum ada keperluan lagi.

“SPRM masih menyiasat isu ini,” katanya.

“SPRM juga ingin memberitahu semua saksi atau individu terbabit dalam kes ini akan dipanggil untuk siasatan.

“Buat masa ini, kenyataan daripada perdana menteri belum lagi diambil dan ianya akan dilakukan apabila sampai masanya,” tambah beliau.

Julai lalu, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Laporan itu mendakwa wang itu datang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tetapi SPRM berkata, ia derma dari Timur Tengah.

Tiada ulasan: