HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

Tony letak dululah jawatan, baru neutral

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mohamed Nazri Aziz
 
 
KUALA LUMPUR - Debat mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya boleh dilakukan sekiranya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mengulas perkara itu, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menegaskan debat antara Tony dan Arul Kanda Kandasamy tidak boleh dilakukan susulan proses siasatan PAC terhadap 1MDB masih berjalan.

"Itu bagus (cadangan debat antara Tony dan Arul Kanda). Dia (Tony) harus meletakkan jawatan (selaku ahli PAC) kerana dia tidak boleh menjadi ahli PAC sebab dia adakah salah seorang yang menyiasat (kes 1MDB), tidak boleh.

"Dia perlu jadi seorang yang neutral, jadi mesti letak jawatan dan boleh mengadakan debat dengan Arul Kanda", kata Menteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terimalah cabaran seperti seorang lelaki]

[ARTIKEL BERKAITAN: Arul terima cabaran Tony Pua, tapi...]


Awal hari ini, Arul Kanda selaku Presiden 1MDB mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menerima cabaran Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) itu untuk muncul di rancangan wawancara kendalian Tony.

Arul berkata, beliau bersedia untuk menerima sebarang persoalan mengenai syarikat berkenaan dengan syarat Tony bersedia untuk melepaskan jawatan dalam PAC.

Terdahulu, Tony menggesa agar Arul menyahut cabaran beliau untuk mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

Tiada ulasan: