HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

Pemandu tak putus berzikir sebelum dirempuh

Pemandu tak putus berzikir sebelum dirempuh
Sedutan rakaman dashcam yang dimuatnaik mangsa ke laman Facebook
 

SEORANG pemandu dirakam tidak putus-putus berzikir sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan lain yang terlibat dalam sebuah kemalangan lain di Alor Setar, semalam.

Mangsa memuatnaik video rakaman 'dashcam' ke laman Facebook semalam dan meluahkan rasa bertuah tidak ditimpa sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Dalam video berkenaan, suara mangsa kedengaran berzikir tanpa henti selama dua minit.

Ketika melalui sebatang jalan, 'dashcam' mangsa berjaya merakam sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Myvi putih yang sedang melakukan pusingan U terlanggar sebuah kereta lain.

Myvi berkenaan kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan mangsa.

"Syukur alhamdulillah. ALLAH telah memelihara aku daripada sebarang kecederaan yang serius dalam kemalangan jalan raya di Alor Setar pada 27 Oktober 2015 jam 1.48 tengahari," tulis mangsa di Facebook.

Perkongsian mangsa mendapat perhatian hampir 2,000 pelayar termasuk dikongsi semula oleh Facebook Friends of Barisan Nasional (FOAB) dan Friends of PDRM.


Tiada ulasan: