HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Plakad ‘mana RM2.6 b’ mewakili suara rakyat

 
Plakad itu bagi memenuhi kehendak rakyat yang ingin tahu isu RM2.6 bilion dan 1MDB yang tidak dijawab Perdana Menteri.


Abdullah-Sani_1mdb_600


KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Pakatan Harapan mempertahankan tindakan mengangkat plakad yang bertulis ‘Mana RM 2.6 billion’ kerana ia tindakan yang wajar serta mewakili suara dan pandangan rakyat.

Timbalan Ketua Whip PKR, Abdullah Sani berkata, tindakan itu merupakan salah satu tanggungjawab ahli parlimen yang secara langsung mewakili suara rakyat.

“Suara itu perlu diutarakan. Lebih baik kita bersuara atau lebih molek membisu seribu bahasa dengan penyelewengan dan bobokan (momokan) yang berlaku dalam negara?

“Suara rakyat yang derita hari ini kalau bukan ahli parlimen bangkitkan, siapa lagi?,” soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Dia menjawab kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap tindakan ahli parlimen dari Pakatan Harapan mengangkat plakad didalam Dewan Rakyat sebagai tindakan yang tidak beradap.

“Seperti umum tahu, isunya apabila pembentangan bajet dilakukan, rakyat hendak tahu penyelesaian RM2.6 billion dan 1MDB. Namun Menteri Kewangan itu tidak langsung tidak menyentuh soalan itu. Jadi, plakad itu memainkan peranan atas kehendak rakyat yang ingin tahu penyelesaiannya.

“Saya tidak nampak ia melanggar undang-undang Parlimen. Yang saya lihat sebagai kebebasan bersuara. Suara rakyat perlu diselaraskan dengan tindakan ahli parlimen,” katanya di Parlimen.

Tiada ulasan: