HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Wan Azizah panggil Azmin jelaskan isu lebuh raya di Selangor



Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mahu penjelasan berhubung tindakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dikatakan meluluskan pembinaan 3 lebuh raya di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mahu penjelasan berhubung tindakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dikatakan meluluskan pembinaan 3 lebuh raya di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan beliau yang dikatakan meluluskan pembinaan 3 lebuh raya di negeri itu.
 
Beliau yang juga presiden PKR itu berkata, akan mendapatkan penjelasan Azmin, juga timbalan presiden parti itu, ketika sesi pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat.

"Saya akan tanya dengan lebih rapat apa yang sebetulnya berlaku. Jumaat akan ada Belanjawan Selangor.

"Saya akan minta dia jelaskan kepada parti. Saya nak tahu status," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, Azmin diminta memberikan penjelasan berhubung dakwaan 3 lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Rafizi dilaporkan Sinar Harian menegaskan, pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan berhubung khabar angin tersebut dan beliau akan membawa isu itu ke mesyuarat dalaman parti.

“Saya tidak tahu dan saya tiada maklumat tetapi saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat dalaman kita untuk mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada kelulusan itu diberikan atau tidak,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Konsesi 60 tahun dianugerahkan kerajaan kepada syarikat Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) dan ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di MRR2 khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.


Tiada ulasan: