HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Oktober 2015

Arul Kanda: Saya bukan politikus

MALAYSIAKINI





Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy menegaskan bahawa beliau seorang profesional dan bukan ahli politik.

Justeru, Arul Kanda berkata beliau enggan menjawab soalan mengenai “perkara-perkara politik”.
"Saya bukan seorang ahli politik, saya adalah seorang profesional.

"Perkara mahu pun persoalan yang melibatkan politik harus diajukan kepada ahli-ahli politik," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Arul Kanda berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras pemimpin pembangkang dan juga kerajaan berhubung isu 1MDB yang kini sarat hutang.

Arul Kanda sebelum ini mengambil sikap berdiam diri apabila diserang hebat berhubung dakwaan terhadap cara pengurusan dana pelaburan agensi tajaan Kementerian Kewangan itu.

Bagaimanapun, Arul Kanda kemudian mula bertindak mengeluarkan kenyataan untuk menyerang balas kritikan 1MDB daripada Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Tiada ulasan: