HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Jamal bukan orang penting – Nazri Aziz

 
Nazri menegaskan Jamal bukan orang penting untuk menyingkir Muhyiddin walaupun mendakwa lebih 100 ketua UMNO bahagian bersetuju menyingkirkan Timbalan Presiden UMNO


nazri-aziz,jamal-yunos


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bukan individu penting sehingga mampu untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz susulan dakwaan Jamal bahawa terdapat lebih 100 ketua bahagian seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam parti.

Nazri berkata, kenyataan Jamal itu tidak lebih hanya bersifat pandangan peribadi.

“Itu pandangan dia. Dia bukan orang penting sangat. Saya tidak tahu (tindakan singkir Muhyiddin). Saya bukan pucuk pimpinan.

“Saya hanya Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas sahaja. Saya ikut agenda yang ditentukan, ada mesyuarat kita bincang kemudian,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Mengulas langkah itu untuk menutup mulut Muhyiddin daripada terus mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Nazri berkata, sebagai negara bebas sukar untuk mana-mana pihak mengekang komen-komen buruk mengenai kerajaan.

Tiada ulasan: