NAWAR FIRDAWS
Khairy berkata kerajaan
perlu memastikan bahawa politik negara berperanan kepada golongan muda,
membolehkan mereka berasa seperti mereka boleh membawa perubahan
menerusi politik. Foto TRP/ Daniel Chan
KUALA LUMPUR, Kurang keyakanan dalam proses politik mungkin alasan pemilihan golongan belia menyertai demonstrasi jalanan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bercakap dalam program bicara mengenai
Indeks Belia Malaysia (IBM) 2015, Khairy berkata, kajian yang dilakukan
terhadap 60,000 beliau seluruh negara mendedahkan golongan muda hari ini
tidak begitu berminat terhadap pembangunan senario politik negara.
“Senario politik negara menjadi tidak
menarik kepada golongan belia dan ini menyebabkan mereka berasa jauh
daripada sistem politik kita.
“Kita perlu pastikan bahawa politik kita
berperanan kepada golongan muda, membolehkan mereka berasa seperti
mereka boleh membawa perubahan menerusi politik.
“Mungkin, ramai golongan muda menyertai
demonstrasi jalanan kerana mereka sudah bosan dengan proses politik.
Mereka berasakan bahawa tiadak perubahan dapat dibuat menerusi poses
politik.”
Menjelaskan
lebih lanjut, Khairy berkata, Parlimen kini sama seperti pasar, dan
kekurangan keyakinan terhadap kedua-duanya – parti pemerintah dan
pembangkang – menyebabkan belia berasa satu-satunya medan yang tinggal
untuk mereka, adalah demonstrasi jalanan dan `menyerang’ ahli politik di
dalam media sosial.
“Kita perlu mengembalikan semula
keyakinan dalam politik negara. Ada keperluan untuk campur tangan tetapi
dalam bentuk macam mana, saya tidak tahu lagi.”
Khairy kemudian meneruskan penjelasannya
dengan memberi contoh, dengan mengemukakan kepada Parlimen Belia
kementerian di mana golongan muda diberi peluang untuk suara mereka
didengari.
“Saya lebih suka kita memilih program seperti ini berbanding kita hanya cuba dan mengangkat pemimpin hari ini sebagai contoh.
“Sekalipun, kita tidak mahu
pemimpin-pemimpin itu dilihat sebagai contoh, kita hari menerima bahawa
pemimpin adalah manusia dan manusia banyak kelemahan.
“Mereka (belia) harus yakin dengan
proses, dengan institusi, dan mereka perlu yakin bahawa tiada kira siapa
pun pemimpinnya, apa yang penting adalah untuk institusi kita
dilindungi.”
Kata Khairy lagi, apabila beliau percaya
kepentingan mereka dilindungi oleh institusi negara, mereka yakin proses
politik akan dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan