HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2015

Pendirian PBB mengenai kes Anwar Isnin depan

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR - Satu sidang media mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pemenjaraan Anwar Ibrahim akan diadakan pada Isnin depan.

Sidang akhbar besar-besaran itu dijangka akan mengumumkan pendirian PBB mengenai status Anwar sebagai seorang tahanan politik.

PBBPerkara itu disampaikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga puteri sulung kepada Anwar Ibrahim.

“Kami akan terus berpegang dengan keyakinan bahawa beliau berstatus seorang tahanan politik dan ia diakui menerusi pelbagai institusi.

“Maklumat ini kita akan beritahu pada hari Isnin nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan Anwar, Izzah memberitahu menjadi keutamaan pihaknya untuk memberi rawatan fisioterapi secara intensif seperti dijanjikan kerajaan.

Katanya, keadaan kesihatan Anwar juga dilihat semakin merosot ketika dalam tahanan penjara berbanding semasa beliau dimasukkan ke hospital sebelum ini.

“Kita minta seperti yang dijanjikan iaitu (rawatan) tiga atau empat kali seminggu tapi sekarang hanya sekali dalam tiga minggu.

“Maka itu keutamaan sebelum kita mengambil kira keperluan pembedahan kerana bila ditahan sebegini keadaan (kesihatan) beliau semakin merosot jika dibandingkan semasa lima hari ditahan di hospital sebelumnya,” katanya.

Selain itu, Izzah berkata beliau dan keluarganya diberi peluang bertemu bapanya setiap kali sesi prosiding mahkamah bagi melepas rindu mereka.

“Pertemuan di mahkamah selalu kami guna sebaik mungkin kerana kalau di penjara kami hanya bertemu secara bersemuka. Sebab itu saya akan bawa juga anak-anak dari sekolah (ke mahkamah). Sekurang-kurangnya mereka dapat memeluk nenda mereka,” katanya.

Tiada ulasan: