Timbalan menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata Mosti kini sedang merangka perinciannya menerusi perjumpaan, perbincangan dan perundingan bersama para saintis, ahli akademik dan mereka yang berkaitan dalam menentukan apakah jenis penyelidikan yang sesuai dilakukan dalam misi angkasawan negara kedua ini nanti.
"Kami nak kena justifikasi apa program yang kedua ini berdasarkan kejayaan program angkasawan yang pertama, jadi maknanya misinya kena misi yang berlainan.
"Kita kena kumpul maklumat baharu cadangan boleh dihantar kerana misi kedua ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan tidak offset dengan kerajaan Rusia seperti misi yang sebelum ini," katanya.
Turut hadir, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.
Abu Bakar berkata misi yang kedua ini nanti mestilah lebih rumit daripada misi yang pertama dan bermakna kepada perkembangan sains dan teknologi di Malaysia.
"Selain itu, kami juga akan mengadakan pemilihan untuk angkasawan kedua ini nanti," katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berkata program pada hari ini merupakan satu daripada pendekatan untuk memajukan sains di Malaysia.
"Penjelajahan ke angkasa lepas adalah penting untuk sains pada masa hadapan dan ini adalah sebahagian kejayaan yang telah kita capai," katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan