Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan 'janji' Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulis pada Khamis.
"Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud sama pada tarikh ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.
"Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan (Dewan Rakyat) yang akan berakhir pada 3 Disember ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Soalan itu termasuk siapa penderma berkenaan, apakah tujuannya dan adakah terdapat ikatan dan syarat yang dikenakan terhadap Perdana Menteri atau negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.
"Jadi bila nak panggil? Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan