HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

Tindakan Najib kepada pengkritik adil – Shahidan

 
HRW sepatutnya mendapatkan penjelasan kerajaan sebelum menerbitkan dokumen yang mendakwa Najib mengamalkan pemerintahan kuku besi.


shahidan-kassin,hrw


KUALA LUMPUR : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pihak yang mngkritiknya dilakukan dengan adil menggunakan haknya sebagai pemimpin nombor satu negara ini.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu bagi menolak dakwaan ‘kuku besi’ oleh kumpulan pemantau hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW).

“Kenyataan menyatakan Najib sebagai ‘kuku besi’ merujuk kepada beberapa tindakannya. Tetapi sebagai Perdana Menteri, beliau berhak berbuat demikian.

“Itu hak beliau. Setakat ini, beliau lakukan dengan adil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, HRW sepatutnya mendengar penjelasan daripada pihak kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan itu.

“Mereka sepatutnya datang berjumpa kita (kerajaan Malaysia),” katanya.

Semalam media melaporkan, HRW telah menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang kerajaan yang menjadikan hak bersuara sebagai jenayah dan mendesak Perdana Menteri berhenti menjadikan kritikan terhadapnya sebagai perbuatan jenayah.

Tiada ulasan: