HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Projek Hartanah Baru, Beli Kondominium di Ampang Selangor. 800 Tempahan Dalam Masa 3 Jam?

BERITA SEMASA
 

Projek Hartanah Baru, Beli Kondominium di Ampang Selangor. 800 Tempahan Dalam Masa 3 Jam?


beli kondominium


“Fullhouse”. Ya…inilah ungkapan yang sesuai melihatkan kalangan yang hadir untuk beli kondominium di Ampang Selangor baru-baru yang dianjurkan oleh firma pemasaran Googoplex Properties namanya bertempat di Hotel Palace Of Golden Horses di Seri Kembangan.

Acara tersebut dihadiri juga oleh Raja Peta yang cukup terkenal dikalangan pemain hartanah, siapa lagi jikalau bukan Encik Ho Chin Soon salah seorang speaker terbaik dalam industri hartanah.
Seperti biasalah, acara sebegini atau mana-mana pelancaran projek baru untuk menarik lebih ramai yang datang tengok butiran projek baru dan beli kondominium di Ampang Selangor ini yang mana ia disertakan sekali dengan cabutan bertuahlah, ada persembahan, makan malam dan lain-lain lagi.

 

Butiran Tentang Projek Baru Beli Kondominium di Ampang Selangor?

  1. Projek oleh Adaman Group
  2. Adaman Group telah menjadi perhatian baru-baru ini, apabila telah beli tanah seluas 25 ekar di Ampang, bersebelah dengan tanah milik EcoFirst yang dibeli daripada Tan & Tan Developments Berhad dari IGB Group.
  3. Nama projek baru ini adalah Arc Central
  4. Kedudukan projek baru ini berdekatan dengan Highland Tower yang mengingatkan kembali sejarah 22 tahun lalu
  5. Bersebelahan dengan Dataran Ukay
  6. Mengejutkan apabila dikatakan projek baru tersebut laris macam greng pisang panas, apabila 800 sudah meletakkan booking. Benarkah?
  7. Mungkin tarikannya terletak pada harga permulaannya serendah RM299,000? Mungkin?
P/S : Diharapkan semua mereka yang mahu beli kondominium tersebut adalah adalah benar-benar “genuine buyer”. Ehemmm

PP/S : Beli hartanah usah cepat cemas. Beli rumah, kondominium pada ketika anda bersedia, bukan beli berdasarkan situasi semasa. Jikalau anda akan jadi “hamba” kepada hartanah anda kelak.

PPP/S : Berita Semasa akan kupas dan siarkan apa kata penganalisis ekonomi katakan dan nasihat beliau kepada anda semua mengenai situasi pasaran hartanah hari ini. Nantikan.

KLIK SINI : Harga Rumah Turun di Malaysia Untuk RM500,000 Ke Atas. Ekonomi 2015 Semakin Mencabar!

PPPP/S : Anda boleh semak dan tengok sendiri gambar-gambar di bawah ini melihatkan situasi kalangan yang datang beli kondominium ini…Gigih betul mereka ini.

Tiada ulasan: