HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Pemuda UMNO tegur menteri kurang bijak

 
Jamawi menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang akan menaikkan kemarahan rakyat dan berpendapat adalah lebih baik jika menteri berkenaan diam.


Jamawi-Jaafar,fadilah


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menegur anggota Kabinet supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak berkaitan isu kenaikan harga khususnya tol.

Ia merujuk kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang berulang kali meminta pengguna mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang akan menaikkan kemarahan rakyat dan berpendapat adalah lebih baik jika menteri berkenaan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol. Tidak boleh begitu jawapannya Datuk,” ujarnya dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein pada Selasa.

Fadilah sewaktu sesi soal jawab di Parlimen menjelaskan pemandu tiada cara lain tetapi untuk mengambil laluan alternatif jika merasakan kadar baru tol yang dikenakan adalah tinggi.

“Saya melihat semua jalan ini ada jalan alternatif, cuma alternatif itu orang tidak tahu. Sebab itu kita kena tengok smart travel, kalau betul tidak ada (laluan alternatif) beritahu saya,” katanya.

Tiada ulasan: