KUALA LUMPUR: Siasatan Pendaftar Persatuan (ROS) terhadap kontroversi pemilihan semula DAP dua tahun lalu masih belum selesai.
Ini berikutan DAP masih belum mematuhi nasihat ROS terhadap perkara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“RoS masih menjalankan siasatan terperinci terhadap DAP berikutan pemilihan semula parti itu pada 29 September 2013,” katanya dalam jawatan bertulis di Parlimen hari ini.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pada 3 April 2014, RoS menerima surat daripada DAP yang menyatakan parti itu memohon diadakan kajian semula penghakiman.
Katanya, pada 23 September 2014, parti itu membatalkan niatnya unti menyaman RoS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Zahid menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanya mengenai kemajuan siasatan RoS terhadap DAP dan bila permohonan cawangan-cawangan baru yang dihantar kepada RoS akan diluluskan.
“RoS masih meneruskan siasatannya terhadap DAP kerana pihak pengurusan parti masih belum bertindak mematuhi nasihat RoS,” kata Zahid.
Pada September 2013, DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula jawatankuasa pusat eksekutifnya (CEC) selepas RoS tidak puas hati dengan penjelasan parti terhadap isu manipulasi undi.
Ia timbul berikutan aduan beberapa ahli DAP yang mendakwa pemilihan CEC tidak dijalankan secara betul selepas parti mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan yang menyebabkan calon salah terpilih ke CEC.
Pemilihan semula itu menyaksi aktivis parti Vincent Wu dipindahkan ke tempat 26 daripada kedudukan asal di tempat keenam, bagi membolehkan Zairil Khir Johari, yang pada asalnya di tempat 39, naik ke tempat 20.
Selain itu, 753 ahli parti juga mendakwa mereka dinafikan hak untuk menghadiri kongres parti sebagai perwakilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan