HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2015

RTM sedia siar secara langsung debat Arul Kanda-Tony Pua

Bernama
 
RTM sedia siar secara langsung debat Arul Kanda-Tony Pua
RTM bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1MDB di antara Arul Kanda dan Tony Pua.
 
 
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.

"RTM boleh siarkan debat ini secara langsung," kata Salleh kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Arul Kanda berkata beliau sedia bersemuka dengan Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.

"YB Tony Pua telah mencabar saya .. .untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya," kata Arul Kanda.

Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB.

Tiada ulasan: