HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2015

‘Flashmob’ bantah kenaikan tol, lima pemimpin DAP dipanggil polis

bantah

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Lima pemimpin DAP hari ini dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk disoal siasat berikutan kehadiran mereka pada ‘flashmob’ membantah kenaikan kadar tol pada 17 Oktober lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Eddie Ng; Senator T Chandra Mohan dan Ketua Pemuda DAP Selangor, Eric Teh.

Setakat ini, Kian Ming berkata, mereka yang memberi keterangan itu belum dimaklumkan sama ada akan didakwa kerana hadir pada bantahan di Batu 9 Cheras Plaza Tol kira-kira dua minggu lalu.

“Pendirian kami adalah bahawa kami akan menjawab sebarang pertuduhan mereka di mahkamah, jika mereka memutuskan untuk mendakwa kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Ong juga tidak tahu undang-undang mana yang akan digunakan untuk mendakwa mereka jika polis mahu berbuat demikian.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su hadir selaku peguam manakala Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai hadir sebagai tanda sokongan.

Kian Ming percaya pihak berkuasa mahu mereka mendedahkan penganjur bantahan itu supaya mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis.


Tiada ulasan: