HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Dr M keluar Umno lagi pun tak akan berkesan

Geraldine Tong





Laman sosial kecoh semalam selepas terdapat tulisan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno sekali lagi.

Ia kemudian didapati palsu.

Malaysiakini bagaimanapun bercakap dengan beberapa penganalisis berhubung kemungkinan itu.

Bagaimana jika ia benar-benar menjadi kenyataan, seperti kes ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008?

Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian percaya jika melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, taktik sama tidak akan berjaya.

“Saya fikir Mahathir sudah buat macam-macam untuk singkirkan PM, tetapi setakat ini masih belum berjaya,” katanya kepada Malaysiakini.

Ibrahim berkata, langkah mengejutkan Mahathir ketika era Abdullah berjaya kerana perdana menteri kelima itu sendiri mengalah dan berundur.

Ia, katanya, berbeza dengan Najib sekarang yang dilihat tetap mahu kekal di jawatan itu.

Sementara itu, penganalisis politik Wong Chin Huat pula berkata beliau tidak akan terkejut jika Mahathir keluar Umno lagi.

Beliau juga mengakui langkah itu akan kurang berkesan jika dilakukan sekarang.

“Orang tak akan terkejut dua kali,” katanya kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: