HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Serah memo jerebu: Hanya empat yang datang

 
Ia membabitkan tiga NGO bagi menyuarakan bantahan terhadap pembakaran terbuka yang mendatangkan masalah jerebu di negara ini.


kalai-vanr,jerebu


KUALA LUMPUR: Hasrat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyerahkan memorandum bantahan jerebu di hadapan Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Tun Razak tidak mendapat sambutan.

Hanya empat individu yang datang bagi tujuan berkenaan.

Ia membabitkan pemimpin Organisasi Penggerak Sosial dan Minda Nambikkai (Nambikkai), Warga Prihatin Bumi Permai serta Alternatif Active Team.

Mengulas mengenainya, Presiden Nambikkai, Kalai Vanar meluahkan rasa kecewanya kerana masalah jerebu masih berterusan walaupun telah banyak memorandum dihantar ke wakil kedutaan berkenaan.

“Masalah jerebu berlaku sejak 19 tahun lalu. Saya juga sedar banyak memorandum yang telah diserahkan.
Tetapi saya mahu satu tindakan segera diambil,” katanya di Kedutaan Indonesia selepas selesai menyerahkan memorandum kepada wakil duta Indonesia di Malaysia, Trigustono Supriyanto.

Jelasnya, apa yang berlaku di Indonesia menyebabkan rakyat negara ini mengalami kesengsaraan.

Tiada ulasan: