HAN KAR KAY
Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kos RM20,000 kepada Anifah. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam saman fitnahnya RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman @ Haniff Amman.
Ketika menyampaikan keputusan itu dalam
tempoh kurang daripada lima minit, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah
Tinggi, Siti Khadijah S Hassan Badjenid menolak saman itu kerana
plaintif tidak dapat membuktikan tuntutannya terhadap defendan.
Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kos RM20,000 kepada Anifah.
Peguam, Razlan Hadri Zulkifli yang
mewakili Anwar berkata, dia akan berbincang dengan anak guamnya
berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan,” katanya kepada pemberita,
hari ini.
Anifah diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pemimpin pembangkang itu memfailkan saman
fitnah terhadap Anifah pada Mei 2009 dengan mendakwanya membuat
kenyataan fitnah terhadapnya.
Anwar
mendakwa Anifah membuat kenyataan dalam sidang media bersama Setiausaha
Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Washington yang
menggambarkannya sebagai seorang yang tidak jujur dengan mendakwa ketua
pembangkang itu telah menawarkan beliau jawatan tertinggi Kabinet jika
Anifah boleh membawa 10 Ahli Parlimen BN untuk menyertai parti
pembangkang.
Dia mendakwa tuduhan Menteri Luar itu sebagai tidak berasas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan