HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2015

Kanak melintas melulu: Salah siapa?

 
Rempuhan kuat menyebabkan kanak-kanak malang itu terpelanting dan berdasarkan status yang dikongsi, ia tidak menyatakan nasibnya.

 
melintas-melulu


PETALING JAYA: Seorang pemandu berjaya merakamkan visual seorang kanak-kanak dilanggar melalui kamera yang dipasang di kenderaannya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi di Facebook Friends of PDRM, kejadian berlaku di Permatang Pauh, Seberang Prai.

Di penghujung rakaman yang dimuat naik, ia menunjukkan mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan.
Rempuhan kuat menyebabkan kanak-kanak malang itu terpelanting dan berdasarkan status yang dikongsi, ia tidak menyatakan nasibnya.

“Video kanak-kanak dilanggar kerana melintas secara melulu. Siapa tak kuat semangat jangan tekan PLAY ya..Adakah pemandu kereta ni juga patut dipersalahkan? Mohon ibu bapa penjaga pastikan anak-anak anda selamat. Jangan biarkan mereka bermain dan melintas sendiri,” tulis penggendali Friends of PDRM.

Tiada ulasan: