Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu, beliau melahirkan rasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana.
"Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah gering kerana rebah di istana.
"Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak gering," katanya di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan