Tan Sri Sanusi Junid dalam program Bicara Minda & Sesi Dialog ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru’ hari ini.
SHAH ALAM - Bangsa Melayu akan dihormati kaum lain termasuk Cina dan India di negara ini jika mampu berjaya dalam hidup.
Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid berkata, kegagalan pemerintah melahirkan kaum Melayu yang berjaya meskipun telah memimpin negara ini berpuluh tahun menyebabkan kaum ini dipandang hina.
"Cina lama-lama percaya pada 'reincarnation' iaitu manusia yang hidup jadi orang jahat, lepas mati dia hidup balik akan jalani hukuman sebagai orang susah. Manakala yang baik lahir semula sebagai orang senang.
"Tetapi apabila Melayu sekarang dalam keadaan susah, bagaimana kita nak harapkan orang Cina hormati kita?," katanya pada Bicara Minda dan Sesi Dialog Tan Sri Sanusi Junid, Perpaduan : Mengapa kita masih keliru?, di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan