THE RAKYAT POST
Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Najib mengadakan
pertemuan dengan mereka semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS)
baru-baru ini. - Foto Arkib
KUALA LUMPUR, Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak enggan mengulas atau memberi penerangan tentang isu
1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pemimpin perniagaan AS adalah
tidak benar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Salleh Said Keruak berkata Najib mengadakan pertemuan dengan mereka
semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
“Semasa jamuan tengah hari dengan ahli
perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model
perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.
“Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion
dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi
membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang
pembiayaan yang besar,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam
blognya, sskeruak.blogspot.my, di sini hari ini.
Salleh
berkata Najib turut memberitahu tetamu yang beliau yakin syarikat akan
dapat melaksanakan proses rasionalisasi dengan pengurangan hutang
besar-besaran, menjelang hujung tahun ini.
Katanya Najib juga memaklumkan kepada
pemimpin perniagaan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi akan
diumumkan pengurangan hutang 1MDB yang signifikan kepada RM16 bilion.
“Semua ini tidak dilapor oleh portal
berita tempatan yang nampaknya mengelak untuk menyiarkan sebarang berita
baik berhubung 1MDB,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan