OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Pengundi
Sarawak keliru sama ada untuk terus menyokong ketua menteri yang
popular atau tidak, kerana pada hakikatnya, ia juga akan bermakna
mengundi untuk perdana menteri yang tidak popular. – Gambar fail The
Malaysian Insider, Isu
dihadapi pengundi Sarawak, dengan tidak sampai 6 bulan sebelum pilihan
raya negeri, ialah sama ada untuk terus menyokong seorang ketua menteri
yang popular atau tidak, kerana pada hakikatnya, ia juga akan bermakna
mengundi untuk perdana menteri yang tidak popular. Malah ahli parti pembangkang turut mengakui, populariti Ketua Menteri
Tan Sri Adenan Satem selepas kira-kira 18 bulan menjawat jawatan itu
boleh menjejaskan peluang mereka membuat lebih banyak kemajuan di negeri
Borneo ini, yang sebahagian besarnya luar bandar.
Tetapi, Adenan adalah ahli Barisan Nasional (BN), dipengerusikan Datuk
Seri Najib Razak, yang juga perdana menteri, tetapi tidak disukai ramai
berdasarkan kaji selidik terbaru badan bebas Merdeka Centre.
Najib berada di bawah tekanan berhubung salah laku kewangan melibatkan
syarikat pelaburan negara diilhamkannya, 1Malaysia Development Bhd
(1MDB), dan juga pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun
peribadinya yang tidak dapat dijelaskan. Sentimen seorang pemandu teksi di Kuching menggambarkan bagaimana
sukarnya menentang Adenan, 77, yang popularitinya melonjak selepas
beliau memansuhkan tol jambatan, memotong tambang feri sungai dan
mengisytiharkan perang terhadap pembalak haram.
Sarawak negeri terbesar di Malaysia dan juga negeri paling luar bandar kerana kawasan pedalamannya yang luas.
"Saya sudah 4 kali undi DAP dalam pilihan raya lalu, tetapi kali ini
saya akan undi BN kerana ketua menteri sangat bagus," kata pemandu teksi
itu kepada The Malaysian Insider.
"Dia hanya minta diberi tempoh 5 tahun saja lagi. Jadi kenapa kita
tidak boleh bagi dia peluang kali ini, selepas dia banyak buat baik
selepas jadi ketua menteri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan