HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Oktober 2015

Teguran 1MDB Majlis Raja-raja ada maksud tersirat

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
SHAH ALAM - Teguran Majlis Raja-raja Melayu agar pentadbiran Putrajaya memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang kerana krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya mempunyai maksud tersirat.
 
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, maksud tersirat tersebut adalah Majlis Raja-Raja Melayu mahu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera sehingga menjejaskan ekonomi negara.
 
"Banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Datuk  Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.
 
"Amanah merasakan ianya isyarat jelas bahawa Datuk Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah," katanya.
 
 
Semalam, Raja-raja Melayu dalam satu kenyataan mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
 
 

Tiada ulasan: