HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 April 2016

MANA NAK CEKAU WANG AS$50.3 JUTA TU?

shahbudindotcom



 
 
Berikutan IPIC telah menyelesaikan bayaran faedah bon 1MDB yang tertunggak berjumlah AS$50.3 juta atau kira-kira RM200 juta, syarikat itu akan menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Disebabkan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi bagi bayaran balik faedah itu daripada Menteri Kewangan dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan IPIC semalam.

IPIC telah membuat pembayaran penuh untuk faedah bagi bon bernilai AS$1.75 bilion untuk 1MDB yang dijamin syarikat Abu Dhabi itu yang sepatutnya dilunaskan sebelum 18 April 2016.

Bila IPIC mahu menuntut balik wang tersebut daripada Kementerian Kewangan, di mana Menteri Kewangan mahu cekau wang sebanyak itu?

Daripada akaun peribadinya atau daripada wang kita semua sebagai pembayar cukai?


Penyanyi kumpulan punk maut di Vietnam

Nadia Azam    




Lelaki warga Malaysia yang ditemui mati dipercaya dibunuh di Ho Chi Minh pada 27 April lalu dikenal pasti sebagai vokalis kumpulan punk Svatantrata, Mohd Azhar Abdull Wahab.

Dia yang menetap di Kulim Kedah mengunjungi Vietnam bersama seorang rakan pada 12 April lalu.

Adik mangsa, Mohd Norazman, 31, berkata allahyarham dan rakannya pergi ke negara itu untuk melancong.

"Sepatutnya dia balik hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Mohd Azhar, 33, bekerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Selasih, Kulim dan menjadi vokalis kumpulan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Mayat Mohd Azhar ditemui pekerja hotel berkenaan pada 27 April.

Kata Mohd Norazman berita sedih itu diterima melalui panggilan pihak Kedutaan Malaysia di Ho Chi Minh.

“Perkara ini amat mengejutkan kami," katanya.

Difahamkan wakil keluarga tersebut akan ke Ho Chi Minh pada 4 Mei ini untuk urusan membawa balik jenazah Mohd Azhar.

Bagaimanapun difahamkan urusan itu memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

Assalamualaikum. 

Misi bantuan untuk tolong saudara Azhar yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di Ho Chi Minh, Vietnam pada 27/4 yang lalu. Arwah adalah rakyat Malaysia, bermastautin di negeri Kedah dan tinggal di Air Merah, Kulim.

Untuk pengurusan jenazah, kos penghantaran pulang diperlukan sebanyak RM40000. Kalau nak simpan di Ho Chi Minh, kos RM10000 tapi jenazah akan disimpan bersama² org yg bkn muslim. RM5000 jenazah disimpan luar dari bandar Ho Chi Minh dan di tanah perkuburan Islam. 

4/5/2016 Waris mangsa iaitu adik beliau, Man bersama ibunya akan ke vietnam untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

Sekarang ni tengah minta bantuan dari ADUN KULIM BANDAR BHARU KULIM untuk membantu dalam proses membawa Man ibunya ke Vietnam dan juga mendapatkan bantuan untuk kos pengurusan jenazah.

Mohon kawan2 kalau ada yg sudi menghulur bantuan kepada waris si mati boleh hubungi waris iaitu adik si mati, Azman.

no telefon waris +60125704032 mohd norazman (adik si mati)
0711029000072091
mohd noorazman bin abdull wahab BSN


Anda mungkin tak mengenali Arwah tetapi sama²lah kita membantu ringankan beban sesama saudara Muslim kita. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita pula. Jika setiap dari anda ikhlas menyumbang rm0.50 sekalipun pun, In Shaa Allah dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Mohd Azhar. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aamiinn yarabbal a'lamin.
Sekian terima kasih.
 

Sementara itu Bernama hari ini melaporkan pada 28 Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City telah dimaklumkan oleh Jabatan Hubungan Luar, Ho Chi Minh City berhubung kematian seorang lelaki warga Malaysia di Ho Chi Minh City.

Warga Malaysia tersebut – Mohd Azhar Abdull Wahab, 33 tahun – telah ditemui mati di dalam bilik hotel beliau di Ho Chi Minh City.

Punca kematian masih disiasat oleh pihak polis Ho Chi Minh City.

Sebaik sahaja dimaklumkan, pihak konsulat jeneral telah menghubungi keluarga allahyarham dan menyampaikan berita sedih tersebut.

Pegawai-pegawai Konsulat Jeneral sedang berhubung dengan keluarga allahyarham untuk memberi bantuan serta sokongan.

"Kementerian ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga alahyarham," kata kenyataan itu.


1.5 JUTA BANGLA MASUK SEMULA?

 shahbudindotcom

 

 
 
Apa pulak ni?

Apa agaknya pengumuman penting mengenai pekerja asing yang bakal diumumkan oleh Zahid Hamidi tidak lagi?

Tetapi perhatikan antara ayat-ayat Zahid sebagaimana disiarkan oleh Mstar - "Saya amat mengambil berat tentang isu pekerja asing dan saya sedar banyak sektor yang terjejas. Majikan menggesa kerajaan untuk membuka pintu kepada lebih ramai lagi pekerja asing.

"Kerajaan sedang mendengar dan akan ada pengumuman penting mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini," katanya lagi.

Rasanya tidak sukar untuk sesiapa pun memahami maksud tersirat di sebalik ayat-ayat yang dilafazkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu.
 
 
 
 
Adakah ini tanda-tanda bahawa kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang diumumkan ditangguhkan  oleh Zahid Hamidi sendiri pada 19 Februari lalu akan dibawa masuk semula?

Sekejapnya ditangguhkan? 

Hmmmmm......
 
 
 

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH

Susan Loone

 


DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.

Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.


Dua treler, satu bas, empat kereta terlibat nahas dekat Tangkak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
AYER KEROH: Seramai 43 orang nyaris terkorban dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk masing-masing sebuah bas ekspres, treler dan tiga kereta di KM174 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) hala selatan di sini, pagi tadi.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, bagaimanapun hanya empat orang sahaja yang mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi.
 
 
 
"Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Ayer Keroh, Jasin Bestari, Bukit Katil dan Tangkak ke lokasi selepas menerima panggilan jam 10.37 pagi dan sampai di tempat kejadian kira-kira setengah jam kemudian.
 
"Sebaik sahaja tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah bas, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, pacuan empat roda Toyota Hilux dan tiga kereta iaitu Proton Persona, Iswara dan Mercedes.
 
"Dipercayai seramai 43 orang terlibat dalam kemalangan ini termasuk 30 penumpang bas namun hanya empat sahaja yang cedera," katanya di sini, hari ini.
 
Difahamkan kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.
 
 

Pengundi Cina perlu sokong BN untuk dapat jawatan Timbalan Ketua Menteri

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tawaran yang dibuat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk memberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak kepada masyarakat Cina dalam menarik sokongan mereka harus dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Menurut penganalisis Dr Jeneri Amir, untuk memastikan perkara itu, pengundi Cina dikehendaki memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) terutamanya wakil SUPP.
 
Katanya lagi pilihan terletak ditangan pengundi Cina khususnya, samada mahu merampas kembali semua kerusi yang jatuh ke tangan DAP.
 
"Saya percaya jawatan ini hanya akan diberikan kalau menang mungkin, tapi kalau betul nak jawatan itu yang terlepas oleh SUPP pada 2011 disebabkan oleh kehilangan banyak kerusi maka masyarakat Cina tiada pilihan kecuali betul-betul berdiri di belakang BN.
 
"Tetapi kalau kemenangan itu alang-alang dapat rampas balik satu dua kerusi itu saya fikir tidak memadai. Jadi ujian utama adalah sebanyak mana kerusi yang boleh dirampas balik oleh BN," katanya kepada Antarapos.
 
Terdahulu, Adenan berkata BN Sarawak akan mempertimbangkan untuk membawa wakil-wakil Cina di dalam kabinet beliau selaku Timbalan Ketua Menteri sekiranya BN berjaya memenangi hati masyarakat itu pada PRN kali ini.
 
Malah pengerusi BN Sarawak itu turut menyeru pengundi cina untuk mengundi SUPP jika mereka mahu melihat wakil Cina berada dalam kabinet kerajaan.
 
Kata Jeniri lagi, taktik politik Adenan ini adalah satu tindakan yang bijak namun keputusan memilih itu hanya akan ditentukan pengundi.
 
"Ini adalah umpan politik yang amat ampuh tapi persoalannya samada umpanan politik itu berjaya atau tidak untuk menambat pengundi Cina di 15 kerusi di bandar itu adalah satu persoalan yang menarik untuk dilihat," katanya lagi.
 
Tetapi ujar Jeniri lagi, walaupun Adenan sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin, namun perbalahan dalaman yang ada antara SUPP dan UPP boleh menjadi faktor kegagalan perkara itu.
 
"Disebabkan oleh gaya kepimpinan mesra rakyat (oleh Adenan Satem) termasuk mesra Cina membabitkan isu pengiktirafan UAEC dan peruntukan RM12 juta untuk sekolah aliran Cina dan tidak menganggap Cina sebagai pendatang.
 
"Maka Adenan percaya bahawa masyarakat Cina di Sarawak akan beralih ke arah BN tetapi saya sedikit ragu kerana walaupun populariti beliau mencecah 80 peratus mengikut dapatan Majlis Profesor Negara. 
 
"(Tapi) Disebabkan perbalahan dalaman antara SUPP dan UPP, maka kemungkinan ini akan menyebabkan para pengundi yang sepatutnya mengundi BN berpecah dua," jelas Jeneri.
 
SUPP adalah parti tertua di negeri itu katanya telah kehilangan 13 kerusi yang majoritinya adalah kaum Cina apabila kerusi berkenaan dikuasai oleh DAP pada PRN yang lalu.
 
Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bakal menyaksikan kekosongan selepas PRN ke-11 kali ini berikutan persaraan Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas beliau berkecimpung daripada arena politik negeri sejak 1978.
 
 

Adenan timbang lanjutkan permit Azmin, Lim

MALAYSIAKINI




Ketua menteri semenara Sarawak Tan Sri Adenan Satem bersedia menimbang untuk melanjutkan permit kemasukan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ke negeri itu.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar dari pejabat Adenan hari ini.

Azmin dan Lim tiba di Sarawak semalam dan mendapati mereka dihadkan berada di negeri itu untuk beberapa hari sebelum pilihan raya Sarawak.

Azmin perlu meninggalkan Sarawak pada 2 Mei, manakala permit Lim adalah sehingga 5 Mei.

Sarawak, yang diberi kuasa khas di bawah Akta Imigresen biasanya memberikan permit 90 hari bagi pelawat dari Semenanjung.

Bagaimanapun, seperti dinyatakan dalam peruntukan akta itu, negeri berhak menghalang kemasukan sesiapapun dan menghadkan bilangan hari yang boleh dilawati pengunjung.

Pihak berkuasa imigresen negeri mengeluarkan senarai panjang bagi menghalang ahli politik pembangkang memasuki negeri itu menjelang pilihan raya negeri pada 7 Mei, termasuk beberapa individu daripada Umno.



Adenan berkata kemasukan mereka menggangggu keharmonian di Sarawak, manakala pembangkang menuduh ketua menteri itu menghalang mereka daripada melancong dalam negara ini seperti termaktub dalam perlembagaan.

Pembangkang juga menuduh Adenan menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti politik yang sah seperti dinyatakan dalam peruntukan Akta Imigresen Sarawak.


Debat Tunku Ismail, Khairy tak menjadi

MALAYSIAKINI




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan tiada debat akan berlangsung antara beliau dan Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebaliknya menurut Khairy, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan FAM bagi mengemukakan perancangan dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.

Pertemuan tersebut katanya susulan perbincangan beliau dengan Tunku Ismail, Rabu lalu.

Dalam perbincangan tersebut katanya, kedua-dua pihak bersetuju bahawa ia memadai (tidak perlu mengadakan debat seperti dicadangkan sebelum ini) memandangkan beberapa idea baru diperolehi bagi meningkatkan kualiti bola sepak tanpa perlu mengadakan perbahasan.

"Bagi saya dan saya harap pihak Tunku Ismail juga, kita sudah berbincang dan bersetuju perjumpaan berkenaan adalah cukup. Beberapa perkara yang perlu tindakan susulan akan diambil saya dan Tunku Ismail," katanya dipetik BH hari ini.

Pada 13 April lalu Tunku Ismail mencabar Khairy, FAM dan beberapa tokoh bola sepak negara untuk berdebat mengenai prestasi bola sepak negara.

Melalui perbincangan dengan pemilik kelab JDT itu juga, Khairy percaya ada skop kerjasama yang boleh diusahakan.


Lim: HARAPAN bincang pertembungan kerusi lepas 7 Mei

Kow Gah Chie

 


Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membincangkan isu pertembungan kerusi DAP dan PKR di Sarawak dan sebarang perkara berbangit selepas pilihan raya negeri 7 Mei, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ini adalah satu perkara serius yang perlu dibawa ke mesyuarat Pakatan Harapan, katanya.

"Pada 7 April, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan saya menandatangani perjanjian rundingan kerusi.

"Beliau tidak boleh mengingkari perjanjian itu, ini mungkin kelihatan bagi orang lain seolah-olah (kamu) makan kata-kata kamu sendiri," katanya kepada Malaysiakini.

"Ini adalah satu perkara yang serius, kamu tidak boleh mengatakan rundingan itu masih belum dimuktamadkan selepas kamu menandatangani perjanjian.

"Ini perlu untuk dinyatakan (sewajarnya) selepas pilihan raya negeri," kata beliau dengan tegas.

Azmin secara tidak langsung telah menafikan beliau memungkiri perjanjian antara kedua pihak.

Timbalan presiden PKR itu berhujah beliau hanya bersetuju pada dasarnya untuk menyerahkan lapan kerusi negeri, termasuk lima kerusi yang menyaksikan pertembungan dengan DAP pada 7 April, tanpa sebarang komitmen atau perjanjian dimeterai. DAP bagaimanapun berhujah sebaliknya.

Tiada kata sepakat 

Pada 11 April, Harapan mengumumkan bahawa anggota sekutunya telah mencapai kata sepakat dalam rundingan kerusi.

Keputusan itu bagaimanapun tidak disampaikan secara baik kepada PKR Sarawak yang memveto keputusan rasmi tersebut.

Azmin kemudian dilapor membenarkan pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon PKR untuk bertanding di lima kerusi yang dikatakan diperuntukkan untuk DAP.

Lima kerusi itu ialah Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong. Ini telah menyebabkan DAP bertindak balas dengan bertanding di Batu Kitang.

Kena marah kerana kerap bantu Melayu

Kena marah kerana kerap bantu Melayu
Berkunjung ke rumah rakan berbangsa Melayu bukan asing bagi Choon Hau.


TEMERLOH - Dilahirkan di Kuantan dan dibesarkan di Mentakab dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat membuatkan dia jatuh cinta pada perpaduan dan keamanan.

Suka melihat perpaduan masyarakat dahulu apabila orang Melayu boleh hidup berjiran dengan masyarakat Cina dan India di kampung dan ada di kalangan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan antara satu sama lain.

Sifat cintakan perpaduan dan keamanan itu masih kuat tertanam dalam dirinya dan sentiasa menganggap manusia adalah sama, warna darah sama tidak ada bezanya antara kaum kerana semuanya sama.

Chong Choon Hau, 30, seorang pemuda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelibatnya boleh dilihat dalam hampir semua majlis sama ada anjuran kaum Cina, Melayu atau India.

Dia mempunyai beberapa pasang baju Melayu dan pakaian tradisional India untuk memudahkan dia menyertai mana-mana majlis anjuran kedua-dua kaum itu.

“Kalau Ramadan, saya ikut kawan Islam pergi program kembara Ramadan, bangun sahur dan berpuasa sama-sama dan berbuka puasa di surau,” katanya.

Choon Hau seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeow Cheng Luan juga mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Sejarah, Matematik dan Bahasa Cina di sekolah yang mempunyai peratusan pelajar dari pelbagai kaum yang hampir sama peratusannya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini mempunyai sifat ingin berkawan dengan ramai orang dan suka membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

5,000 kenalan di Facebook

Dia mempunyai 5,000 kenalan di Facebook dan 10,000 permintaan menjadi rakan di laman sosial itu kerana sikap mudah mesra dan suka menolong ditonjolkannya.

“Saya juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris, tetapi tidak pernah menjadikan bahasa sebagai halangan untuk membantu orang ramai.

“Saya rasa raih keuntungan apabila berjaya selesaikan masalah orang ramai, kerana saya suka menolong mereka, bila mereka senang itulah keuntungan bagi saya,” katanya.

Choon Hau berkata, dia menolong dalam hampir semua keadaan dan hampir kepada semua kaum seperti membantu warga emas mendapatkan BR1M, borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membantu dalam pelbagai keperluan hidup yang lain.

Ramai anggap derhaka pada bangsa sendiri

Disebabkan itu, ada segelintir masyarakat Cina yang tidak mengenali dirinya menganggap dia derhaka kepada bangsa sendiri sedangkan apa yang dilakukan itu tidak memerlukan sebarang jawatan bagi dirinya.

“Mereka marah saya tolong orang Melayu dapatkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mereka anggap kerajaan dah banyak sangat bantu orang Melayu dan saya pula bantu lagi orang Melayu.

“Sebenarnya bukan itu cara saya, saya bantu semua orang sebab saya suka melihat mereka senang, saya cintakan perpaduan dan keamanan, sekarang tak macam dahulu.

“Sekarang kalau isu babitkan kaum sangat sensitif sedangkan kita satu bangsa Malaysia,” katanya.

Choon Hau berkata, dalam memperjuangkan perpaduan dan keamanan kaum sejak lapan tahun dahulu, dia pernah diugut bunuh.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku rentetan beberapa isu perkauman dimainkan pihak tertentu sehingga menyebabkan orang Melayu menganjurkan perhimpunan merah.

“Saya sertai perhimpunan di Kuala Lumpur bersama orang Melayu hanya untuk kekal keamanan dan tidak membelakangi kaum saya apatah lagi memihak kepada Melayu," katanya.


Hilang kerja, dihalau selepas peluk Islam

Harinder Pal Singh
Harinder Pal Singh 
 
 
SHAH ALAM - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.

Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.
Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.

Jamal kecam MB Selangor masih pertahan Anwar

Datuk Jamal Md Yunos
Jamal


SUBANG - Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang  menanam persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sebagai tahanan politik terus mendapat kecaman daripada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Jamal mendakwa, Azmin merupakan seorang Menteri Besar 'bangsat' apabila mengabaikan perintah polis yang mengarahkan papan iklan #BebasAnwar diturunkan.

"Kalau pihak kerajaan negeri dibawah pimpinan Azmin Ali masih mempertikaikan Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik, maka bangsatlah dia.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah membei arahan supaya billboard ini diturunkan serta merta, jadi saya lihat masih tidak diturunkan," katanya ketika ditemui wartawan di Lapangan Terbang antarabangsa Subang..

Dalam pada itu, Jamal memaklumkan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sendiri selain menggesa pihak berkuasa tegas dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata,kerajaan negeri tidak terlalu berminat untuk menjaga kebajikan rakyat sebaliknya hanya menumpukan terhadap politik semata-mata.

"Saya minta polis bertegas untuk turunkan papan iklan ini dan pihak NGO tidak akan teragak-agak dalam waktu terdekat untuk ambil tindakan ikut cita rasa kami sendiri.

"Saya melihat kerajaan negeri bukan berminat sangat nak membela rakyat tapi hanya nak bermain politik untuk memburukkan kerajaan pusat sedangkan apa yang mereka lakukan di negeri Selangor hanya main wayang," katanya.

Sebelum ini, Azmin Ali telah disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan #BebasAnwar.
Beliau beranggapan polis hanya membuang masa dengan melakukan siasatan tersebut kerana percaya tindakan menaikkan papan iklan itu tidak salah.

Buat masa ini, papan iklan #BebasAnwar ditempatkan di 20 lokasi di Selangor, termasuk Subang dan Rawang.

Namun beberapa papan iklan di Ampang telah diturunkan.


Beri peluang BN habis penggal di Terengganu

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.

“Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.

“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini, malam tadi.‎

Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta kepimpinan yang lain.

Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengakui Pas dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Berdasarkan sambutan baik yang diterima rakyat Sarawak ketika ini, kita yakin mampu memiliki dua atau lebih kerusi dalam PRN kali ini, malah kehadiran kita (Pas) juga turut diterima baik masyarakat di negeri berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, keretakan hubungan antara PKR dan DAP yang meletakkan calon di kawasan yang sama juga dilihat memberi kelebihan kepada Pas dalam pilihanraya kali ini.

“Kemungkinan ada positif kepada kita (kemelut pertindihan kerusi antra DAP dan PKR)..dan kita juga sudah umum lebih awal mengenai calon kita iaitu 11 daripada 80 kerusi yang dipertandinga..jadi peluang untuk kita (Pas menang) ada,” katanya.


Waris harap jenazah dibawa balik segera

SINAR HARIAN


Waris harap jenazah dibawa balik segera
Ho Chi Minh, Vietnam.


ALOR SETAR - Waris kepada rakyat Malaysia yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Rabu lalu berharap jenazah Mohd Azhar Abdul Wahab dapat dibawa balik ke Kulim secepat mungkin.

Mohd Noorazman, 31, adik kepada Mohd Azhar, 33, berkata dianggarkan RM40,000 diperlukan untuk proses membawa balik jenazah abangnya, dan sehingga kini mereka sekeluarga tidak dapat ke Vietnam kerana masalah kewangan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya semalam memaklumkan, mayat Mohd Azhar ditemukan di dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, dan polis Ho Chi Minh masih menyiasat punca kematiannya.

Beliau berkata abangnya ke Vietnam pada 15 April lalu bersama seorang rakan sekampungnya lebih dikenali sebagai Angah, dan sepatutnya pulang ke kampung mereka di Kampung Air Merah, Kulim pada 28 April lalu.

"Dia maklumkan hendak pergi ke Vietnam untuk bercuti. Bagaimanapun sehingga sekarang kami tidak dapat hubungi Angah. Mereka berdua kawan rapat sejak kecil lagi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Azhar merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, juga merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar Kulim dan pernah membuat persembahan di beberapa buah negara seperti Singapura.

Mohd Noorazman berkata beliau sekeluarga mengetahui mengenai berita kematian abangnya yang masih bujang itu daripada polis yang datang ke rumahnya memaklumkan perkara itu pada Khamis lepas.

"Ibu saya sangat terkejut mendapat tahu berita itu. Saya juga sudah dua hari tidak dapat tidur memikirkan perkara ini. Abang seorang yang sangat rapat dengan saya serta suka melawak," katanya.

Laporan media menyatakan mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.   Sementara itu, Adun Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Umno Cawangan Air Merah bagi memaklumkan sebarang perkembangan kepadanya.

"Kedutaan Malaysia akan bantu dan anggota keluarga akan dibawa ke sana secepat mungkin. Kami juga beri sedikit sumbangan wang tunai terlebih dahulu," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama. - Bernama


Telegram media penyiaran masa depan?



 
OLEH SHUHAIMI EMBONG


FACEBOOK dikesan mula menurun penggunaannya di beberapa negara mulai 2014 kerana berbagai alasan. Meskipun begitu, penggunaan facebook masih yang terbesar di kalangan komuniti pengguna internet tetapi dijangkkan akan menurun hingga 80 peratus pada tahun 2016 ini.

Sungguhpun begitu, aplikasi Telegram telah mula mengambil tempat yang cukup baik untuk dipertimbangkan sebagai alat pertukaran pesan yang aman dalam kelompok mereka, di mana setiap orang dapat mengakses “rantai” publik terbuka untuk umum tanpa disaring atau diblok seperti Twitter atau Facebook.

“Dalam pilihan raya Iran pada Februari, 2016, sejumlah 40% dari warga Iran dapat dengan mudah mengakses internet, serta dapat terus mengikuti kempen melalui iReporter di mana orang-orang mengirimkan video atau foto dari Iran dan kami mendistribusikannya, sungguh menakjubkan, kami menerima lebih dari lima puluh informasi menarik setiap hari melalui Telegram!” yang ada tanpa diketahui oleh media-media pemerintah.

Telegram ini tidak diklasifikasikan sebagai media sosial atau pun aplikasi chatting tetapi ia lebih kepada instant messaging atau mesej segera.

Mungkin ekoran penggunaan Telegram yang memberangsangkan dalam pilihan raya Iran tempohari, saya dapati telah ada percubaan di kalangan pendokong teknologi media internet ini telah membuat Kenyalang Mesengger, satu aplikasi telegram yang boleh dimuat turun dari Google Playstore dalam menghadapi pilihanraya Sarawak ini

Download Kenyalang Mesengger : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kenyalang

MessengerGram Aplikasi Telegram Premium Dengan Fungsi Tabs Dan Favourites.

Telegram melancarkan fungsi CHANNEL dalam aplikasi permesejan pada November 2015, Hanya aplikasi ini yang membenarkan mesej dihantar SERTA MERTA TERUS ke gajet semua SUBSCRIBERS/JOIN pengguna TANPA HAD. Fenomena menakjubkan yang menyaksikan beribu-ribu channel dari jenis berita, sukan kepada tips diet telah berkembang pesat.

Keahlian PUBLIC SUPERGROUP sehingga 5,000 pengguna dengan fungsi kawalan group yang lebih canggih juga menambah kepada letusan ini.

Dengan wujudnya banyak channel dan SUPERGROUP group yang boleh di JOIN, pengguna Telegram memerlukan fungsi Tabs dan Favourite yang tidak wujud di Telegram Standard.

Telegram dengan prinsip Punca Code Terbuka (Open Source) yang menerbitkan kod aplikasi kepada awam dan membolehkan Telegram versi Premium sentiasa terkini seiring Telegram Standard. Bahkan Telegram Inc. menganjurkan pertandingan Telegram Premium terbaik.

Terdapat banyak aplikasi Telegram Premium di Google Playstore seperti MessengerGram, Challegram, Textgram dan lain-lain lagi.

Antara yang popular ialah MessengerGram di mana memberikan fungsi Tabs dan Favourite yang dinantikan. Ia juga mempunyai alert apabila Cache telah melebihi 300 MB dan mengesyorkan supaya Cache di kecilkan.

Juga beberapa fungsi notifikasi dari group yang mengganggu dimatikan semasa installasi. Walau bagaimanapun pengguna boleh mengubah tetapan ini.

Bagi sesetengah telefon, Telegram Standard perlu di UnInstall terlebih dahulu sebelum memasang Telegram Premium yang lain.

Download MessengerGram : https://play.google.com/store/apps/details? id=com.messengergram

Download Challegram: https://play.google.com/store/apps/details? id=org.thunderdog.challegram

Di Malaysia perkara ini masih baru dan tidak dapat dipastikan lagi keberkesanan pengunaannya tetapi MesenggerGram ini diyakini akan mengambilalih tempat facebook sebagai medium penyiaran masa depan terutama dalam mendepani pilihan raya umum ke-14 pada tahun 20017/2018 nanti.
 
 

Kafa sangkal dakwaan Datuk Seri Vida

Datuk Vida
 

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menampakkan ketidakpercayaan beliau terhadap pengurusan persatuan itu, terutamanya dari segi pengurusan kewangan.

Naib Presidennya, Muhammad Nasir Hamzah berkata, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak penajaan, duit penajaan Datuk Seri Hasmiza atau dikenali Dr Vida akan disalurkan ke akaun khas dan memerlukan tandatangan beliau dan dua penanda tangan lain.

“Cek tersebut perlulah ditandatangan oleh Dr Vida, Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar dan salah seorang daripada empat yang lain, iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Yahya Jamada Ali dan Mahizi Mahmood.

“Secara logiknya, tiada kemungkinan salah guna wang tersebut akan berlaku kerana Dr Vida adalah penandatangan wajib bagi setiap pengeluaran cek bagi akaun tersebut,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Terdahulu, Dr Vida dalam satu kenyataan mengakui kurang percaya dengan ketelusan sistem pengurusan kewangan dalam Kafa sehingga beliau terpaksa mengawal sendiri wang penajaan kepada pasukan itu.

Malah, Dr Vida juga menegaskan tindakannya itu juga telah menjamin pemain-pemain Kelantan akan menerima gaji sehingga Oktober ini.

Nasir ketika diminta mengulas isu pemberian gaji tersebut turut memberitahu, baki dari duit penajaan Dr Vida iaitu RM2.6 juta (daripada RM4 juta yang diperuntukan untuk gaji) sudah tentu tidak dapat menampung gaji pemain sehingga berakhirnya musim 2016.

“Ini kerana kos pengurusan yang ditanggung Kafa adalah sebanyak RM1.3 juta sebulan. Malah kontrak Liga Super tersebut akan berakhir pada 30 November, bukan pada bulan Oktober sebagaimana yang dinyatakan,”katanya.

Nasir juga memberitahu, sebarang isu melibatkan kedua-dua pihak sebenarnya boleh dibawa berbincang tambahan pula kontrak penajaan adalah jelas tidak boleh ditamatkan, walaupun prestasi pasukan yang kurang memuaskan.

“Bagi Kafa, prestasi pasukan yang tidak menentu adalah fenomena biasa dalam arena bola sepak ini.
Malah perkara tersebut (kemerosotan prestasi) bukan hanya dihadapi pasukan kita sahaja, ia juga dihadapi pasukan-pasukan lain.

“PQP TRW bukanlah pasukan yang teruk dan kita layak untuk menyertai Piala Malaysia 2016, malah kita berada ditangga kelima teratas setelah berdepan tujuh perlawanan. Itu pun masih lagi menepati sasaran yang telah ditetapkan Kafa musim ini.

“Adalah kurang tepat jika ada pihak yang membandingkan prestasi kita dengan pasukan JDT dan pasukan lain yang mempunyai fund yang lebih besar,”katanya.

Beliau juga memberitahu, kedua-dua pihak seharusnya menghormati penyokong yang tidak pernah jemu menyokong pasukan PQP TRW dan jika timbul sebarang isu yang memerlukan perbicangan lanjut, Kafa sentiasa terbuka untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Jangan guna dada akhbar sebagai tempat perbicangan, ini tidak akan mendatangkan untung kepada mana-mana pihak. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan ia akan mengecewakan peminat-peminat kita. Saya harap dengan penjelasan ini kemelut ini dapat di selesaikan.

“Dalam setiap jalinan kerjasama samada jalinan rumah tangga ,persahabatan atau perniagaan, perkara utama iaitu kepercayaan dan keyakinan kedua-dua pihak terhadap pihak yang lain adalah perkara utama kelangsungan kekekalan hubungan tersebut,”katanya.

Jumaat, 29 April 2016

1,200 AES didik pemandu patuh peraturan lalu lintas

 
AES bukanlah 'perangkap' seperti yang dianggap oleh sesetengah orang malah kewujudannya mudah dilihat selain terdapat papan tanda yang mencukupi untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.


Lee-Lam-Thye_aes_2600


PETALING JAYA: Pemasangan 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya di seluruh negara adalah untuk mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas.

Ini kerana kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) pada 2014 menunjukkan pemasangan 14 kamera AES di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkesan mengurangkan kemalangan maut akibat pemanduan laju dan salah laku pelanggaran lampu merah.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye menambah, terdapat pengurangan sebanyak 87.6 peratus kes pelanggaran lampu merah selepas kamera dipasang di beberapa persimpangan lampu isyarat tertentu di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dan Jalan Pasir Puteh di Perak, serta Jalan Klang Lama dan Jalan Ipoh di Kuala Lumpur.

“Lazimnya, apabila pemandu memasuki zon kamera, mereka cenderung memperlahankan kenderaan dan memandu laju semula apabila melepasi zon tersebut.

“Tetapi mereka tidak akan dapat berbuat demikian selepas lebih banyak kamera dipasang kelak.

“Sudah tentu, tiada apa-apa yang menghalang mereka daripada memandu laju setelah melepasi zon
kemera (di lebuh raya) tetapi sekurang-kurangnya, mereka sedar bahawa mereka tidak boleh memandu laju secara berterusan di sepanjang laluan berkenaan. Ia adalah satu cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Lam Thye lagi, AES bukanlah ‘perangkap’ seperti yang dianggap oleh sesetengah orang malah kewujudannya mudah dilihat selain terdapat papan tanda yang mencukupi untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Statistik Miros menunjukkan, sejumlah 489,606 kemalangan jalan raya berlaku pada tahun lalu, berbanding 476,196 pada 2014. Kemalangan tahun lepas mengakibatkan 6,706 kematian, iaitu purata kira-kira 18 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap hari.

Berikutan beberapa laporan yang menunjukkan Malaysia sebagai antara negara yang mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya paling tinggi di dunia, maka Lam Thye merasakan sudah tiba masanya untuk melaksana langkah-langkah berkesan.

“Pemasangan AES bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya sebagai usaha pencegahan terhadap peningkatan bilangan kemalangan di negara ini,” kata beliau.

AES ialah sistem perakam kesalahan jalan raya yang dipraktis di beberapa negara maju di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat dan berkembang kepada lebih 90 buah negara sejak 1970an.

Walaupun pernah timbul persoalan mengenai keberkesanan AES, tetapi Lam Thye akui kini ia telah terbukti berkesan.

“Jadi, saya berpendapat orang ramai perlu faham bahawa kamera-kamera tersebut adalah penting untuk kebaikan dan keselamatan mereka sendiri.”



Polis Perak tahan lelaki didakwa hina Islam di FB

MALAYSIAKINI




Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari Ipoh hari ini.

Suspek dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag 'pouch' biru daripada suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada hari Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama 'Gunalan Muniandy' dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa biadap.- Bernama


Pekerja asing: Kerajaan sentiasa terbuka

Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi


PETALING JAYA - Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai pengambilan pekerja asing dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, untuk sementara kerajaan terbuka kepada cadangan dan syor daripada syarikat perniagaan mengenai perkara itu dan majikan juga meminta supaya pembekuan itu ditarik balik.

"Kerajaan memahami keperluan sektor-sektor tertentu yang memerlukan pekerja asing. Bagaimanapun,

keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau pada majlis makan malam pelantikan anggota Majlis Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) 2016, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Presiden MRCA Datuk Garry Chua Kah Seng.

Pada Februari lepas, kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia termasuk dari Bangladesh sementara kerajaan mengkaji program levi dua tahap untuk pekerja asing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perniagaan runcit ialah sektor penting dalam ekonomi Malaysia yang moden kerana sektor itu ialah penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara selepas minyak dan gas, pertanian dan pembuatan.

"Bagaimanapun, berhubung sumbangan kepada ekonomi rakyat, sektor runcit ialah sebahagian daripada ekonomi kita pada masa depan," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata kerajaan memberi galakan kepada perniagaan runcit di Malaysia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif yang secara langsung dan tidak langsung memanfaatkan sektor peruncitan di negara ini.

Beliau berkata langkah-langkah itu termasuk menyediakan peruntukan tambahan RM1 bilion untuk Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017 dengan kerajaan memberi subsidi dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.

"Kerajaan juga memperuntukkan RM107 juta untuk Pelan Pembangunan PKS untuk menyediakan dana bagi entiti di pelbagai peringkat pembangunan perniagaan dan RM60 juta bagi Skim Anjakan Usahawan.

"Kerajaan juga memperkenalkan Skim Peningkatkan Kapasiti dan Keupayaan PKS dan menubuhkan Tabung Transformasi PKS RM200 juta di bawah SME Bank bagi menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus," kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata peruncit juga memainkan peranan penting untuk memastikan lebih ramai pelancong tertarik kepada Malaysia kerana kerajaan menyasarkan untuk menarik kira-kira 30.5 juta pelancong tahun ini yang dijangka menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi.

"Bagi memudahkan pelancong melawat Malaysia, kerajaan akan melaksanakan e-visa pada pertengahan 2016. Sebagai insentif kepada pengusaha pelancongan, pengecualian cukai 100 peratus terhadap pendapatan berkanun akan dilaksanakan bagi tahun penilaian 2016 hingga 2018. - Bernama


Isu gabenor: Satu nama sahaja - Istana Negara

MALAYSIAKINI




Istana Negara hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

"Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

"Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya 'pusingan U' dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya 'pusingan U' dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Muhammad itu adalah untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Najib berkata pelantikan Muhammad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.- Bernama


Jangan sampai kami kecewa dan muak dengan pembangkang

SOFI WAHAB

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan atau blok ketiga sama sahaja. Semuanya mementingkan diri. Itu antara luahan rakyat apabila menyaksikan gelagat para politikus mempamerkan rentak tari mereka di Sarawak pada proses penamaan calon semalam.

Bagi penyokong BN mereka kecewa kerana terdapat pemimpin BN yang tidak terpilih menjadi calon tidak semena-mena bertanding menentang calon BN sebagai calon bebas.

Ini sudah menjadi lumrah dalam politik Sarawak. Malah ramai di kalangan calon bebas pernah menang di Sarawak.

Lebih teruk lagi lima calon PKR dan satu calon DAP yang tidak sepatutnya bertanding menyerahkan borang penamaan calon menentang rakan sendiri.

Masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Apa guna berbincang jika hasil perbincangan tidak dipatuhi. Matangkah kita?

Manakala Pas pula besar kepala langsung tidak mahu berpakat dengan blok pembangkang lain bagi menghadapi BN secara satu lawan satu. Mungkin mereka merasa kuat. Inikah yang dikatakan politik matang dan sejahtera?

Amanah pula nampaknya akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila meletakkan 13 calon seperti yang diputuskan sebelum itu. Cuma mereka terpaksa berdepan dengan Pas di lima kerusi akibat tiadanya persefahaman antara Pas dan Pakatan Harapan.

Ternyata Amanah tetap teguh dengan perjanjian dan keputusan Pakatan Harapan tidak membantah dan jelas kematangan pimpinan dan ahlinya.

Kini rakyat semakin hari semakin muak dengan politikus yang seolah-olah hanya mementingkan politik mereka bukannya masa hadapan rakyat. Rakyat sememangnya sudah muak dengan BN kerana kesengsaraan dan kepayahan hidup mereka.

Kepada Pakatan Harapan mereka ingin bergantung harapan tetapi tindak tanduk para politikus khususnya dari PKR dan DAP mengguriskan hati mereka.

Hendak diharapkan pada BN, harapan tinggal harapan. Hendak diharapkan pada Pakatan Harapan, ujian pertama ini pun nampak tidak 'comel'.

Hendak bergantung harap pada Pas, kelihatan sukar kerana payah sungguh hendak dibawa berbincang bersama pembangkang. Pas nampaknya lebih suka berbincang dengan Umno. Entahlah...

Kami rakyat hampir putus harap dengan politikus sebegini.Kami sudah muak dengan BN tetapi kecewa dengan pembangkang.

Bila agaknya pembangkang akan matang. Atau di dalam pembangkang sendiri ada agen musuh yang durjana.

Kepada rakyat Sarawak berhati-hatilah mengundi. Kebobrokan yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhirnya ini yang mengakibatkan kita sengsara dan sudah memerlukan kita mencari alternatif selain BN.

Walaupun pembangkang kelihatan tidak sekata namun pada saya mengundi BN mudaratnya lebih besar.

Kepada pembangkang satu pesanan saya, jangan sampai rakyat kecewa dan muak dengan kamu.

Bekas banduan kongsi pengalaman sedih Anwar di penjara

MALAYSIA DATELINE


Sulaiman AjikSulaiman AjikDi sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.

Sulaiman dipetik berkata, kali pertama dia melihat Anwar di dalam sel waktu itu, dia cukup sayu dan sedih.

"Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu lapor Suara Keadilan.

Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran.

Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang membenarnkan gambarnya dirakam ketika temubual diadakan di pejabat PKR.

Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.

Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.

Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur.

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” ceritanya sayu.

Dalam wawancara bersama Suara Keadilan, Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara.


Ustaz ‘moden’ diperlukan di Malaysia, bukan Sarawak sahaja

 
Wan Ji berkata, agamawan perlu mempunyai sikap selagi ada pandangan yang mengatakan tidak haram, pandangan tersebut wajar dikemukakan sama.


juanda-wan-ji


PETALING JAYA : Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin berkata, ciri-ciri ustaz ‘moden’ yang disifatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada bekas mufti dan calon BN, Dr Juanda Jaya diperlukan bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung tanah air.

Semalam, ketika ditanya FMT, Adenan berkata Juanda dipilih kerana beliau memiliki ciri-ciri ustaz yang dimahukan di Sarawak, iaitu seorang agamawan yang tidak berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas, dan ‘liberal’.

Wan Ji bersetuju ciri-ciri yang disebut Adenan itu ciri-ciri yang penting dalam budaya beragama di negara seperti Malaysia, terutama dalam kerangka politik.

Bagaimanapun, Wan Ji menganggap terma ‘liberal’ yang digunakan Adenan sebagai kurang tepat, dan lebih gemar terma ‘keterbukaan’ dan tidak mudah hendak mengharamkan sesuatu perkara.

“Pada saya, tafsiran agama yang bersifat keterbukaan itu perlu di Malaysia sebenarnya,” katanya ketika dihubungi FMT.

“Berfikiran terbuka sebenarnya penting dalam budaya beragama di Malaysia bukan sahaja di Sarawak, bahkan Semenanjung.”

Mengulas lanjut, Wan Ji berkata, agamawan perlu mempunyai sikap selagi ada pandangan yang mengatakan tidak haram, pandangan tersebut wajar dikemukakan sama.

“Bukan semata-mata terikat dengan pendapat yang mudah mengatakan haram sahaja,” tegas Wan Ji.
Beliau akui kepada FMT bahawa beliau tidak arif dengan suasana di Sarawak dan cara masyarakatnya beragama.

Bagaimanapun, menurut Wan Ji, ciri-ciri yang disebut Adenan itu perlu untuk menerapkan budaya beragama yang bersendikan kebijaksanaan dan toleransi.

Memberi contoh, Wan Ji membidas sikap menghalang sebarang aliran pemikiran keagamaan, seperti menghalang aliran Syiah dan aliran Salafi.

“Kita perlu meletakkan kepercayaan bahawa rakyat Malaysia bijak,” jelas Wan Ji.

“Semua aliran perlu diberi ruang bersuara. Biarkan rakyat Malaysia memanfaatkan kebijaksanaan mereka untuk menilai perbezaan semua aliran pemikiran itu.”

Dalam pada itu, ketika ditanya pandangannya mengenai seorang calon bercirikan ustaz moden bertanding atas tiket BN, Wan Ji berkata:

“Saya secara peribadi tidak bersetujulah Dr Juanda bertanding atas tiket BN,” kata Ketua Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.

“Beliau sewajarnya menggunakan saluran Pakatan Harapan, bukan Barisan Nasional untuk membawa pemikiran sebegitu.”

Ada implikasi isytihar Bukit Merah kawasan bencana, darurat

 
Antara implikasinya adalah kewangan terutamanya bayaran pampasan kepada petani-petani.


zahid-bukit-merah


PUTRAJAYA: Kawasan bencana atau berada dalam keadaan darurat belum boleh diisytiharkan di Bukit Merah, Perak yang terjejas ekoran cuaca panas dan kering.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu meneliti aspek perundangan dan kewangan berkaitan terlebih dahulu.

Beliau mengesahkan Putrajaya telah menerima permohonan daripada kerajaan Perak untuk mengisytiharkan Bukit Merah sebagai kawasan bencana atau dalam keadaan darurat.

“Pihak Persekutuan memikirkan bahawa beberapa langkah harus dilakukan terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah, bukan setakat mengisytiharkan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat, di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

“Harus dilihat implikasi kewangan terutamanya bayaran pampasan kepada petani-petani.”

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penyelesaian segera perlu dilakukan kerana petani berdepan kesukaran mendapat bekalan air untuk penanaman padi.

Mengambil maklum seruan itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa hari ini turut membincangkan langkah dan kaedah mengatasi keadaan di Bukit Merah.

“Beberapa kaedah telah dicadangkan termasuk pemasangan paip air ke Tasik Merah, mendalamkan dan meninggikan kawasan di Tasik Merah tetapi kos terlalu tinggi.

“Itu beberapa alternatif yang akan diperbincangkan secara halus oleh Jawatankuasa teknikal dan tindakan segera akan diambil,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, jawatankuasa teknikal itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, pihak jawatankuasa turut dimaklumkan bahawa simpanan air di tujuh daripada 41 empangan berada di tahap membimbangkan.

Empangan berkenaan ialah Gemencheh, Negeri Sembilan; Timah Tasoh, Perlis; Bukit Merah,Perak dan empat kawasan di Johor iaitu Lebam, Congok, Layang dan Labong.

“Beberapa langkah segera kita telah lakukan iaitu melalui khidmat nasihat teknikal telah bersetuju untuk memastikan air di kawasan pengairan mesti dibantu oleh pam-pam bergerak dan dibantu oleh sumber sungai, kolam tasik dan air bawah tanah,” ujar beliau.

EAIC tidak sepatutnya bincang kes di luar mahkamah – KPN

 
Kenyataan EAIC telah melahirkan tanggapan bahawa PDRM gagal mengambil tindakan terhadap keempat-empat anggota yang terlibat.


khalid-eiac


PETALING JAYA : Ketua Polis Negara menyatakan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaacob Md Sam tidak sepatutnya membincangkan kes kematian tahanan dalam lokap, N Dharmendran, di luar mahkamah.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbincangan di luar mahkamah boleh mendatangkan prejudis dan subjudis terhadap kes tersebut.

“Kenyataan Datuk Ahmad Yaacob Md Sam telah melahirkan tanggapan bahawa PDRM gagal mengambil tindakan terhadap keempat-empat anggota yang terbabit.

“Datuk Yaacob Md Sam sedia maklum bahawa kes terhadap keempat-empat anggota polis yang dituduh terlibat di dalam kematian mangsa tersebut akan disambung bicara pada 24 hingga 24 Mei 2016, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yaacob dalam sidang medianya di Putrajaya menyatakan anggota polis yang menyoal siasat Dharmendran dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bertanggungjawab terhadap kematian tahanan itu dalam lokap pada 21 Mei 2013.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013, atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.
Pada 26 Februari 2016, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Inspektor S Hare Krishnan, 42; Sarjan Jaffri Jaafar, 46; Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47; dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, membela diri atas pertuduhan membunuh Dharmendran, selepas mengetepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Khalid dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa polis tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah.

“Malah dari peringkat awal lagi siasatan terhadap mereka telah dijalankan dengan menyeluruh, rapi dan telus.

“Berpandukan hasil siasatan ini, Peguam Negara telah mengarahkan agar keempat-empat tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

“Susulan itu, mereka telah dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun 2013,” jelasnya.

Khamis, 28 April 2016

1MDB Hormati Sepenuhnya Autoriti Dan Keputusan BNM

MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan ia menghormati sepenuhnya autoriti dan keputusan Bank Negara Malaysia yang mengesahkan penamatan siasatan ke atas IMDB dan pengenaan kompaun pentadbiran kerana kegagalan mematuhi arahan tertentu.

"1MDB menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM dalam perkara ini.Pembayaran kompaun itu akan dibuat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan," kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Terdahulu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, kata BNM dalam satu kenyataan.

Bank pusat itu berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei, 2016 untuk membayar kompaun tersebut.




Pelaksanaan undang-undang poligami perlu diperketat

SINAR HARIAN


nikah
- Gambar Hiasan


PASIR MAS - Pelaksanaan undang-undang perkahwinan yang membabitkan poligami di negara ini perlu dikaji semula berikutan banyak penyelewengan berlaku dalam kehidupan pengamal perkahwinan itu.

Exco Perhubungan Persatuan Peguam Muslim Malaysia Prof Madya Noor Awang Hamat berkata konflik yang timbul hasil perkahwinan kedua atau seterusnya, sering menyebabkan masyarakat memberi tanggapan negatif terhadap amalan poligami.

"Mungkin peraturan sedia ada perlu lebih diperketat atau disyaratkan dengan pelbagai peraturan seperti yang dijana dalam al-Quran dan hadis," katanya kepada Bernama pada Seminar Literasi Undang-Undang di Dewan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Kelantan Nur Laila Matlin.

Noor Awang berkata kesedaran orang ramai untuk memahami hak dan kewajipan bagi pasangan yang mengamalkan poligami terutamanya yang membabitkan keadilan dari segi nafkah dan urusan kehidupan seharian semua isteri dan anak-anak mereka.

"Dalam konteks Malaysia hari ini, saya melihat perlunya membina keluarga bahagia dahulu sebelum berhasrat membina sebuah keluarga baharu yang lain.

"Mereka yang ingin berpoligami perlulah menilai kemampuan diri sendiri terlebih dahuku kerana ia sunah dan tidak salah di sisi agama," katanya.

Dalam pada itu, Noor Awang berkata perkahwinan di Thailand mungkin menjadi penyelesaian bagi kes tertentu seperti pasangan terlanjur, perkahwinan tidak dipersetujui keluarga atau wali serta poligami.

Namun, katanya pasangan yang berkahwin di Thailand perlu segera mengesahkan perkahwinan mereka bagi menjamin hak pasangan terutama isteri terbela jika berlaku sesuatu dalam perkahwinan. - Bernama


21 ditahan dalam majlis anugerah ‘Datuk Naning’

 21 ditahan dalam majlis anugerah ‘Datuk Naning’
Ramli (tengah) menunjukkan antara yang dirampas. - Foto Sinar Harian 
 
 
MELAKA - Seramai 21 individu ditahan dalam satu penganjuran majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran 'Datuk Naning' di sebuah resort di Alor Gajah di sini kelmarin.

Op Naning yang dilakukan kira- kira jam 11.30 malam itu diketuai Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim bersama pegawai polis dari Alor Gajah dan Ibuprjabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata, seramai 47 individu menerima pingat dan darjah kebesaran, namun 21 yang berjaya ditahan ketika makan malam sebaik selesai majlis penganugerahan.

Kes disiasat mengikut seksyen 419 kanun keseksaan kerana menipu secara penyamaran.

Baja Dacing, agihan wang antara aduan p'raya

MALAYSIAKINI





Pengagihan baja organik Cap Dacing, pengagihan bantuan kerajaan oleh calon dan gesaan tindakan kepada guru yang didakwa menyokong pembangkang antara aduan pilihan raya Sarawak yang diterima BERSIH.

Gabungan pilihan raya bebas dan adil itu menyenaraikan dakwaan-dakwaan itu yang diterimanya daripada pemantau dan orang awam sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 26 April.

Menurut BERSIH, pengedaran baja Cap Dacing itu berlaku di DUN Jepak di sebuah rumah panjang sebelum hari penamaan calon pada 25 April.

BERSIH juga membangkitkan pengagihan bantuan pelajar miskin PSTF RM200 kepada 270 keluarga oleh calon BN Dudong Tiong Thai King di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thian Hua, Sibu Jaya.



Sementara di DUN Simanggang pula, BERSIH menerima aduan yang mendakwa sebuah parti politik kerajaan menulis surat kepada Jabatan Pendidikan bagi menggesa tindakan terhadap guru yang didakwa menyokong pembangkang.

“Tetapi dua guru tersebut telah menafikan penglibatan mereka dalam kempen tersebut.

"Ini bertentangan dengan kebebasan berkempen seorang individu,” menurut BERSIH.

Dalam kenyataan jawatankuasa pemandunya, BERSIH berkata maklumat diterima mereka menunjukkan terdapat pelanggaran peraturan dalam Akta Pilihan Raya.

BERSIH dakwa SPR 'diam sepanjang masa'


Wartawan kerumun istana, Razif di Putrajaya

Shakira Buang  




Sekumpulan kecil wartawan hari ini masih berkumpul di hadapan pintu masuk istana hinggap Terengganu di Kuala Lumpur meskipun terdapat laporan kemelut politik di Terengganu selesai.

Ini selepas Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum mesyuarat exco semalam.

Sejak semalam terdapat khabar angin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadap sultan Terengganu, yang menggugurkan kesemua gelaran Ahmad Razif Jumaat lepas.

Bagaimanapun, ketika laporan ini ditulis, belum jelas sama ada pertemuan itu akan menjadi kenyataan.

Malaysiakini difahamkan kakitangan istana itu juga tidak dimaklumkan jika terdapat pertemuan hari ini.

"Saya baru lepas semak dengan pihak istana bahawa tidak ada sebarang pertemuan dibuat hari ini,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Setakat petang ini, anggota trafik juga, katanya, tidak diarahkan mengawal lalu-lintas.

Najib semalam sibuk dengan kempen BN untuk pilihan raya kecil Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pelucutan gelaran Razif minggu lepas menimbulkan persoalan pertukaran menteri besar akan berlaku.

The Star Online bagaimanapun hari ini mendakwa kemelut politik di Terengganu selesai selepas Razif dilapor mengadap Sultan Mizan semalam.

BN tidak mempunyai majoriti selesa di Dewan Undangan Negeri kerana hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang.

Sementara itu, exco kerajaan Selangor memuat naik sekeping gambar beliau dan Razif dalam sebuah acara di Putrajaya pagi ini.

“Pagi ini menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara di Putrajaya mewakili MB. Orang sebelah masih tenang,” katanya.

Bank Negara denda 1MDB atas salah laku kewangan

MALAYSIAKINI




Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

PAN: Kenapa baru sekarang PAS bersedia untuk PRN Terengganu?

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan pendirian PAS yang seolah-olah 'membuat pusingan U' apabila kini menyatakan bersedia untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam menangani kemelut politik di Terengganu.    
 
Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, bagi menyelesaikan kemelut Menteri Besar, PAS sepatutnya bertindak lebih awal iaitu semasa usul undi tidak percaya dahulu yang dibawa oleh Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
 
"Malangnya ada pihak tertentu menemplak cadangan saya supaya PRN di adakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu di benarkan mengikut perlembagaan. Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan.
 
"Situasi sekarang adalah diantara Istana dan Menteri Besar dan bukan dari tindakan mana-mana ahli di dalam Dewan Undangan Negeri. Kerusi di Dewan Negeri komposisi  17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran Menteri Besar yang juga masih dari BN.
 
"Persoalan nya kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia konon nya untuk menghadapi pilihanraya Negeri ? Adakah sekadar menumpang di atas isu masalah pihak lain.  Melainkan Umno Terengganu bergolak hebat semula itu lah situasi semasa. Kita perlu objektif dalam isu ini dan jangan emosi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Terdahulu, PAS Terengganu memilih menyerahkan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan selepas berlaku krisis antara Sultan Terengganu dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat baru-baru ini berkata, PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno tetapi berpendirian jalan terbaik menyelesaikan krisis dengan mengadakan pilihan raya negeri.
 
Ini kerana, katanya, pelantikan Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad Razif tidak mampu menyelesaikan masalah kerana Barisan Nasional (BN) tetap memerintah negeri itu.
 
Dalam pada itu, Kamarul menyelar PAS yang hanya berpeluk tubuh dan sekadar menjadi pemerhati di dalam kemelut melanda Terengganu sehingga menjadi parah kembali.
 
"Dari segi "serius" atau parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah kerana dari segi teorinya Datuk Ahmad Said yang membawa usul tersebut telah berada di luar atau "terkeluar" dari kerajaan kerana menentang parti.
 
"Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan susah untuk kerajaan berfungsi. Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak terus mendesak untuk pilihan raya negeri di adakan. 
Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati dan situasi telah berlalu menjadi kembali tenang sementara,"ujarnya.
 
Sebelum ini, PAS dilihat menjarakkan diri daripada krisis yang melanda Umno-BN Terengganu.
 
Kerajaan Umno BN di negeri itu sebelum ini hampir tumbang selepas Ahmad yang juga ADUN Kijal mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang DUN negeri itu awal Mac lalu.
 
Bagaimanapun, usul itu ditolak Speaker DUN, Datuk Mohd Zuber Embong.
 
PAS ketika itu digesa parti-parti pembangkang agar bertindak dan menggambilalih kerajaan negeri.
 
Namun, PAS enggan berbuat demikian dan bersikap berkecuali dalam isu itu.