HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 April 2016

PRU14: PAS ramal bertembung AMANAH di kerusi sama

 
Tindakan AMANAH meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada PRN Sarawak merupakan petanda awal perkara sama akan berulang pada PRU14.


nik-mohamad_amanah_pas_600


PETALING JAYA: Tindakan Parti Amanah Negara (AMANAH) meletakkan calonnya di kawasan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan petanda awal perkara sama bakal berulang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu sudah menjangkakan perkara berkenaan, kerana yakin isu pertindihan kerusi tidak akan berlaku kepada AMANAH, DAP dan PKR.

“Kita sudah tahu AMANAH akan meletakkan calon di tempat PAS bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang bahawa AMANAH akan bertanding di kawasan-kawasan PAS,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Tambahnya, sikap PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi kedua-dua parti itu pada PRN Sarawak adalah petanda AMANAH tidak mempunyai pilihan, selain bertanding di kawasan PAS.

“PAN tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana mereka tidak akan beri kerusi (merujuk pertembungan kerusi DAP dan PKR). Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri kerusi kepada AMANAH,” ujar beliau lagi.

Calon AMANAH dan PAS akan bertembung di lima kerusi sama, iaitu di Dewan Undangan Negeri Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, parti itu sudah bersiap sedia dengan tindakan AMANAH meletakkan calon di kawasan PAS bertanding.

“Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar,” katanya.

Tiada ulasan: