Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Pertelingkahan di antara DAP dan PKR yang tercetus akibat
pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, diramal akan
berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,
berdasarkan sikap masing-masing yang 'tamak kerusi'.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat berkata, parti yang didominasi 'Dinasti Lim' khususnya, sememangnya mempunyai sikap angkuh dan berasakan mereka kuat berbanding parti pembangkang yang lain.
Ujar Tuan Tat, beliau tidak hairan sekiranya DAP berkeras ingin meletakkan calon di kerusi yang sama ekoran merasakan parti mereka lebih layak kerana berjaya memperoleh bilangan kerusi yang banyak berbanding PKR pada PRN yang lalu.
"Ini (pertelingkahan) tidak boleh dielakkan lagi, ini satu kenyataan, tak boleh dinafikan. Lihatlah selepas PRU13, lihat bagaimana mereka bergaduh dengan PAS.
"Mereka langsung tak ingat, tanpa jentera PAS, anda ingat DAP boleh menangkah di tempat orang Melayu..memang tak boleh. Ini akan berlarutan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sama seperti hubungan DAP dengan PAS sebelum ini yang terlerai selepas PRU13, Tuan Tat meramalkan perkara yang sama akan berlaku kepada DAP dan PKR selepas PRN ini.
DAP dan PKR bakal bertembung di enam DUN iaitu Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong, selepas kedua-dua parti gagal mencapai kata sepakat sehingga saat akhir penamaan calon Isnin lalu.
Ekoran itu, DAP menawarkan 'perdamaian' dengan PKR sebagai langkah mengatasi kemelut tersebut, iaitu meminta agar PKR menarik balik calonnya di lima kerusi bertindih.
Sebagai tukaran, DAP akan melepaskan Batu Kitang sekiranya PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain.
"Tempat ada DAP, PKR kena sokong kalau di kerusi yang tidak berlaku pertindihan. Tapi di tempat yang ada PKR dan DAP, mereka (PKR) harus undi untuk DAP. Ini sungguh lucu," katanya, merujuk kenyataan Pengerusi DAP Sarawak. Chong Chieng Jen.
"Mereka kata (pengundi) hanya boleh sokong DAP saja, parti lain tak boleh disokong walaupun calon (lain) yang diletakkan bagus, tapi (mereka) mahu DAP menang.
"Perkataan itu sungguh angkuh, pentingkan diri dan tamak," katanya lagi.
Walau ditawar beberapa langkah 'perdamaian' oleh DAP, PKR enggan berundur daripada enam kerusi kontroversi itu dan menegaskan sebarang isu berbangkit yang timbul berhubung pertembungan kerusi dengan DAP itu hanya akan diselesaikan selepas PRN, 7 Mei depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan