HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 April 2016

'Lepas ditolak Umno, Mahathir raih sokongan Cina melalui DAP'

MALAYSIAKINI




Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meraih sokongan masyarakat Cina melalui DAP selepas gagal mendapatkan sokongan di kalangan ahli dan pemimpin Umno, kata setiausaha akhbar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mendakwa Umno menolak Mahathir kerana mahu menjatuhkan Najib dan merancang supaya anaknya, Datuk Mukhriz menjadi perdana menteri.

"Sebab inilah Mahathir kehilangan sokongan Umno.

"Jadi beliau terpaksa meninggalkan Umno dan mendapatkan sokongan kaum Cina daripada pembangkang melalui (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang, lelaki yang pernah beliau penjarakan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Sariffuddin juga menuduh Mahathir memalsukan dakwaan terhadap Najib yang katanya memberangkan ahli Umno.

"Merosakkan kepentingan negara hanya untuk manfaat anak anda, seperti pembohongan Mahathir bahawa RM42 bilion telah hilang daripada 1MDB, adalah langkah keterlaluan untuk Umno.

"Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan bahawa serangan Mahathir terhadap perdana menteri menggunakan 1MDB adalah seperti guruh tanpa kilat," katanya.

Tengku Sariffuddin turut mengulangi kecamannya bahawa jika Mahathir tidak berhasrat menjadikan anaknya sendiri sebagai perdana menteri, beliau perlu menamakan calon untuk jawatan tertinggi itu.

"Bagaimana boleh seorang pemimpin yang mahu menetapkan dan menentukan segala-galanya mengelak daripada menjawab satu soalan kritikal ini.

"Sehingga beliau berbuat demikian, Mahathir tidak boleh menyalahkan rakyat untuk mempercayai bahawa usahanya yang gagal untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tentang merintis jalan untuk anaknya," katanya.

Tengku Sarifuddin mendakwa bahawa Mahathir sejak bertahun-tahun cuba untuk menaikkan anaknya tetapi mempersalahkan Najib apabila Mukhriz tidak berjaya.

"Pertama, Mahathir memaksa anaknya bertanding naib presiden Umno tetapi beliau tewas kerana kekurangan sokongan oleh ahli parti, dan bapanya mempersalahkan perdana menteri.

Tiada ulasan: