OLEH SHUHAIMI EMBONG
FACEBOOK dikesan mula menurun penggunaannya di beberapa negara mulai 2014 kerana berbagai alasan. Meskipun begitu, penggunaan facebook masih yang terbesar di kalangan komuniti pengguna internet tetapi dijangkkan akan menurun hingga 80 peratus pada tahun 2016 ini.
Sungguhpun begitu, aplikasi Telegram telah mula mengambil tempat yang cukup baik untuk dipertimbangkan sebagai alat pertukaran pesan yang aman dalam kelompok mereka, di mana setiap orang dapat mengakses “rantai” publik terbuka untuk umum tanpa disaring atau diblok seperti Twitter atau Facebook.
“Dalam pilihan raya Iran pada Februari,
2016, sejumlah 40% dari warga Iran dapat dengan mudah mengakses
internet, serta dapat terus mengikuti kempen melalui iReporter di mana
orang-orang mengirimkan video atau foto dari Iran dan kami
mendistribusikannya, sungguh menakjubkan, kami menerima lebih dari lima
puluh informasi menarik setiap hari melalui Telegram!” yang ada tanpa
diketahui oleh media-media pemerintah.
Telegram
ini tidak diklasifikasikan sebagai media sosial atau pun aplikasi
chatting tetapi ia lebih kepada instant messaging atau mesej segera.
Mungkin
ekoran penggunaan Telegram yang memberangsangkan dalam pilihan raya
Iran tempohari, saya dapati telah ada percubaan di kalangan pendokong
teknologi media internet ini telah membuat Kenyalang Mesengger, satu
aplikasi telegram yang boleh dimuat turun dari Google Playstore dalam
menghadapi pilihanraya Sarawak ini
Download Kenyalang Mesengger : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kenyalang
MessengerGram Aplikasi Telegram Premium Dengan Fungsi Tabs Dan Favourites.
Telegram
melancarkan fungsi CHANNEL dalam aplikasi permesejan pada November
2015, Hanya aplikasi ini yang membenarkan mesej dihantar SERTA MERTA
TERUS ke gajet semua SUBSCRIBERS/JOIN pengguna TANPA HAD. Fenomena
menakjubkan yang menyaksikan beribu-ribu channel dari jenis berita,
sukan kepada tips diet telah berkembang pesat.
Keahlian
PUBLIC SUPERGROUP sehingga 5,000 pengguna dengan fungsi kawalan group
yang lebih canggih juga menambah kepada letusan ini.
Dengan
wujudnya banyak channel dan SUPERGROUP group yang boleh di JOIN,
pengguna Telegram memerlukan fungsi Tabs dan Favourite yang tidak wujud
di Telegram Standard.
Telegram dengan prinsip
Punca Code Terbuka (Open Source) yang menerbitkan kod aplikasi kepada
awam dan membolehkan Telegram versi Premium sentiasa terkini seiring
Telegram Standard. Bahkan Telegram Inc. menganjurkan pertandingan
Telegram Premium terbaik.
Terdapat banyak aplikasi Telegram Premium di Google Playstore seperti MessengerGram, Challegram, Textgram dan lain-lain lagi.
Antara
yang popular ialah MessengerGram di mana memberikan fungsi Tabs dan
Favourite yang dinantikan. Ia juga mempunyai alert apabila Cache telah
melebihi 300 MB dan mengesyorkan supaya Cache di kecilkan.
Juga
beberapa fungsi notifikasi dari group yang mengganggu dimatikan semasa
installasi. Walau bagaimanapun pengguna boleh mengubah tetapan ini.
Bagi sesetengah telefon, Telegram Standard perlu di UnInstall terlebih dahulu sebelum memasang Telegram Premium yang lain.
Download MessengerGram : https://play.google.com/store/apps/details? id=com.messengergram
Download Challegram: https://play.google.com/store/apps/details? id=org.thunderdog.challegram
Di
Malaysia perkara ini masih baru dan tidak dapat dipastikan lagi
keberkesanan pengunaannya tetapi MesenggerGram ini diyakini akan
mengambilalih tempat facebook sebagai medium penyiaran masa depan
terutama dalam mendepani pilihan raya umum ke-14 pada tahun 20017/2018
nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan