Tan Sri Apandi Ali sudah lapan bulan dilantik sebagai peguam negara.
Di sebalik pelbagai cabaran, beliau sendiri hairan bagaimana beliau berjaya mengharungi semua cabarannya.
“Saya hairan, terkejut, bagaimana saya berjaya harungi lapan bulan ini,” katanya menjawab soalan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.
Azman meminta belau mengulas tempoh lapan bulan perkhidmatannya dalam sebuah acara bersama pengamal media di Kuala Lumpur hari ini.
Apandi mengakui tempoh itu amat menguji buat beliau.
“Saya terima tugas ini dalam keadaan paling tidak kondusif, (tetapi) saya terimanya sebagai cabaran.
“Saya sentiasa suka cabaran. Saya selalu beritahu diri sendiri dan semua orang, sekali tugas melibatkan undang-undang, yang mana saya gemarkannya, minatnya ada.
“Bagaimana sukar pun, saya sukakannya. Walaupun berdepan kritikan, saya terima dengan tenang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan