HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 April 2016

Royalti air dari Empangan Bakun bantu turunkan tarif elektrik

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING: Royalti air dari Empangan Hidro Elektrik Bakun yang menyumbangkan pendapatan lebih RM100 juta kepada kerajaan Sarawak telah membantu dalam menurunkan tarif elektrik di negeri ini. 
 
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri sudah mulai memperoleh hasil daripada empangan terbesar di Asia Tenggara itu, yang telah beroperasi sejak 2011. 
 
Kerajaan negeri bukan sahaja mendapat hasil daripada royalti minyak, tetapi sekarang memperoleh pendapatan daripada royalti air, katanya pada sidang media di sini, Rabu malam. 
 
Mengenai keputusan untuk membatalkan pembinaan Empangan Baram, Adenan berkata ia dibuat selepas semakan semula bahawa tiada keperluan bagi negeri ini mempunyai empangan yang besar, serta disebabkan pembatalan projek kabel elektrik dasar laut dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. 
 
"Ia adalah keputusan kami untuk tidak meneruskannya. Kita boleh membina empangan mini untuk kegunaan dalam negeri, dan bukan empangan besar seperti Empangan Baram," katanya. 
 
 

Tiada ulasan: