Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Tawaran yang dibuat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan
Satem untuk memberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak kepada
masyarakat Cina dalam menarik sokongan mereka harus dimanfaatkan
sepenuhnya.
Menurut penganalisis Dr Jeneri Amir, untuk memastikan perkara itu,
pengundi Cina dikehendaki memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan
Nasional (BN) terutamanya wakil SUPP.
Katanya lagi pilihan terletak ditangan pengundi Cina khususnya, samada
mahu merampas kembali semua kerusi yang jatuh ke tangan DAP.
"Saya percaya jawatan ini hanya akan diberikan kalau menang mungkin,
tapi kalau betul nak jawatan itu yang terlepas oleh SUPP pada 2011
disebabkan oleh kehilangan banyak kerusi maka masyarakat Cina tiada
pilihan kecuali betul-betul berdiri di belakang BN.
"Tetapi kalau kemenangan itu alang-alang dapat rampas balik satu dua
kerusi itu saya fikir tidak memadai. Jadi ujian utama adalah sebanyak
mana kerusi yang boleh dirampas balik oleh BN," katanya kepada
Antarapos.
Terdahulu, Adenan berkata BN Sarawak akan mempertimbangkan untuk
membawa wakil-wakil Cina di dalam kabinet beliau selaku Timbalan Ketua
Menteri sekiranya BN berjaya memenangi hati masyarakat itu pada PRN kali
ini.
Malah pengerusi BN Sarawak itu turut menyeru pengundi cina untuk
mengundi SUPP jika mereka mahu melihat wakil Cina berada dalam kabinet
kerajaan.
Kata Jeniri lagi, taktik politik Adenan ini adalah satu tindakan yang
bijak namun keputusan memilih itu hanya akan ditentukan pengundi.
"Ini adalah umpan politik yang amat ampuh tapi persoalannya samada
umpanan politik itu berjaya atau tidak untuk menambat pengundi Cina di
15 kerusi di bandar itu adalah satu persoalan yang menarik untuk
dilihat," katanya lagi.
Tetapi ujar Jeniri lagi, walaupun Adenan sudah melaksanakan
tanggungjawabnya sebaik mungkin, namun perbalahan dalaman yang ada
antara SUPP dan UPP boleh menjadi faktor kegagalan perkara itu.
"Disebabkan oleh gaya kepimpinan mesra rakyat (oleh Adenan Satem)
termasuk mesra Cina membabitkan isu pengiktirafan UAEC dan peruntukan
RM12 juta untuk sekolah aliran Cina dan tidak menganggap Cina sebagai
pendatang.
"Maka Adenan percaya bahawa masyarakat Cina di Sarawak akan beralih ke
arah BN tetapi saya sedikit ragu kerana walaupun populariti beliau
mencecah 80 peratus mengikut dapatan Majlis Profesor Negara.
"(Tapi) Disebabkan perbalahan dalaman antara SUPP dan UPP, maka
kemungkinan ini akan menyebabkan para pengundi yang sepatutnya mengundi
BN berpecah dua," jelas Jeneri.
SUPP adalah parti tertua di negeri itu katanya telah kehilangan 13
kerusi yang majoritinya adalah kaum Cina apabila kerusi berkenaan
dikuasai oleh DAP pada PRN yang lalu.
Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bakal menyaksikan kekosongan
selepas PRN ke-11 kali ini berikutan persaraan Tan Sri Alfred Jabu
Numpang selepas beliau berkecimpung daripada arena politik negeri sejak
1978.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan