shahbudindotcom
Kenapa
UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua
cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan
Najib?
Bukankah
dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah
dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga?
Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan usul yang sama?
Mengapa
UMNO Kelantan saja yang begitu tertutup dan mahu mengambil tindakan,
tidak seperti UMNO Johor dan Kedah yang sangat terbuka mengenainya?
Lagi
pula, tidakkah dua cawangan itu meluluskan usul menolak Najib itu
dengan cara yang sah iaitu melalui mesyuarat dan ia merupakan hak yang
dibenarkan kepada mereka sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan
UMNO?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan