Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Peserta himpunan Baju Merah nafi menerima 'dedak'
daripada mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak
sebelum ini.
Salah seorang peserta yang enggan dikenali berkata, kehadiran mereka ke
perhimpunan hari ini demi mempertahankan kerajaan yang dipilih secara
demokrasi melalui Pilihan Raya.
"Kita datang sini untuk pertahan negara kita, pertahan kerajaan kita, apa masalahnya?
"Minta maaflah, lillahita'ala bang, baju pun beli sendiri bang. Mereka tu memang macam tu..fitnah tak habis-habis," katanya.
Peserta itu juga bertegas, kumpulan Baju Merah turun berdemonstrasi
hari ini semata-mata mahu membantah tindakan BERSIH mengadakan
himpunan.
Tambahnya, himpunan Baju Merah tidak akan wujud jika BERSIH tidak 'cari pasal'.
"Tiada kuning, tiada merah. Itu saja," katanya kepada pemberita.
Puluhan ribu peserta himpunan BERSIH 5 menyertai demonstrasi jalanan
hari ini, bagi mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
berundur.
Polis menganggarkan peserta himpunan BERSIH 5 lebih kurang 15,500 manakala peserta Baju Merah pula hanya 2,500 orang sahaja.
Sebanyak tiga tangkapan dibuat sepanjang himpunan ini berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan